AIS KRIM KACANG MERAH - Dapur Tanpa Sempadan...

Wednesday, January 9, 2008

AIS KRIM KACANG MERAH


Ais krim kacang merah....sedapnyaaa kalau makan waktu cuaca panas2 macam sekarang nie....mengiurkan!!!!

Bahan-bahannya:-
270 g coffemate
500 ml susu segar
100 g gula halus (gula kastor)
1 tin kacang merah dalam tin

Cara membuatnya:-
  1. Satukan coffemate, susu segar dan gula kastor dalam satu bekas, kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam freezer 4 jam atau hingga 3/4 beku.
  2. Kacang merah ditoskan dan lenyek hingga hancur. Ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dari freezer dan masukkan ke dalam mixing bowl, pukul pada kelajuan tinggi selama 10 minit. Kemudian masukkan kacang merah lecek dan putar lagi utk 2 - 3 minit.
  3. Alihkan ke dalam satu bekas (seperti tupperware) dan simpan dalam freezer kurang lebih 8 jam atau 1 hari...

1 comment:

yanie ismuel said...

salam abg mat..
nak tanya sket nie, kalo nak buat aiskrim strawberry or coklat.. susu segar tu boleh tak digantikan dengan susu coklat or strawberry...

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.