RESIPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS

Assalammualaikum, salam 3 Ramadan. Hari ni che mat masukkan entri awal sikit. Ini hidangan masa sahur tadi, walaupun che mat makan quaker oat + susu kurma, tapi curi2 juga meratah sambal kentang ikan bilis ni...sedapp wakkk!. Mungkin resipi ini ramai dah orang cuba. Tapi che mat punya ada sedikit kelainan. Sambal kentang ikan bilis yang ni menggunakan cili merah hidup dan tidak berapa pedas. Tapi kalau suka pedas, boleh tambah beberapa biji cili padi. Satu lagi, sambal dia kita boleh siapkan awal2, dan digaul dengan kentang dan ikan bilis ketika nak makan. Ini akan menghasilkan sambal kentang yang ikan bilisnya rangup. Satu lagi, nak kasi sedap dan wangi, masukkan bawang besar goreng. In sha Allah sambal kentang ikan bilis jadi lagi terangkat sedapnya...Tak caya lah tu, takpe, kalau tak caya silakan cuba, resipi boleh rujuk kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang, kupas dan kupas, belah 4 setiap 1 dan hiris nipis. Rendam dalam air yang masukkan sedikit garam
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci dan toskan
2 biji bawang besar, hiris nipis
1 camca besar gula pasir atau secukup rasa
1 camca teh pes asam jawa
Garam secukup rasa, anggaran 1 camca teh

BAHAN-BAHAN SAMBAL :-)
8 biji cili merah hidup
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Kemudian goreng pula hirisan bawang besar hingga garing, tapi jangan sampai hangus pulak. Angkat dan toskan. Akhir sekali goreng kentang hingga kuning keemasan (pastikan kentang tadi, ditoskan dulu dan lap kering dengan tissue dapur sebelum digoreng). Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan buah keras. Kemudian masukkan cilui merah dan kisar hingga cili hancur, tak perlu sampai halus sangat. Panaskan minyak dalam kuai, tumis bahan kisar tadi hingga harum dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan pes asam jawa, gula dan garam. Kacau rata dan terus memasak hingga sambal betul kering dan garing. Matikan api dan biar sambal sejuk. Akhir sekali masukkan kentang goreng, ikan bilis goreng dan bawang besar goreng, gaul hingga semua rata. Boleh hidangkan untuk berbuka atau bersahur...Selamat mencuba!

Post a Comment

3 Comments

  1. sedapppppp i like this but i've never tried to cook it myself

    ReplyDelete
  2. cili merah hidup pulak takde..hijau banyak laaa... kena cari la sebab teringin pulak nak buka lauk ni karang

    ReplyDelete
  3. simple dan nampak sedap. nak try buatla.

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.