Assalammualaikum, salam Isnin semua. Hari ni timeline di FB penuh dengan status anak2 kembali ke sekolah, bagi negeri Johor, persekolahan bermula semalam. Hari ni che mat laksanakan satu resipi yang memang dah plan nak buat dari tahun lepas. Siap tulis lagi kat status tu, akan buat pada tahun depan (2016), maka dengan kerajinan maksimum, che mat buat lah. Resipi agak viral di FB, nampak sedap dan tak susah membuatnya. Tu hari masa ke MyDin, che mat beli kentang jenis 'russet', sebab dalam resipi, dia memang guna kentang jenis ini. Kulit kentang tak perlu dibuang, kita cuci bersih2 dengan berus, kemudian toskan. Bahan2 agak mudah didapati, anda boleh beli di Tesco, MyDin dan pasaraya2 besar yang lain. Sedap dimakan bersama sos cili atau mayonnaise. Sesuai untuk kudapan di waktu minum petang. Jomm kita cuba buat...
3 biji kentang 'russet potato'
1/2 cawan parutan keju parmesan
4 camca besar minyak zaitun
1 camca teh garam*
2 camca teh Italian seasoning (che mat ganti dengan mix herbs)*
2 camca teh serbuk paprika ( che mat tambah 1 camca teh lagi)*
2 camca teh serbuk bawang putih*(*disatukan dan gaul rata)
Sos kegemaran anda (sos tomato @ mayonnaise)
Hirisan daun parsley untuk hiasan (che mat guna daun kucai)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan dulang pembakar, alas dengan aluminium foil dan ketepikan. Kentang dicuci bersih, kulitnya tidak perlu dikupas, anda hanya berus hingga bersih dan ketepikan.
- Ambil sebiji kentang, belah 2 memanjang, kemudian belah 4 lagi untuk setiap bahagian (anda akan dapat 8 belahan 'wedges' untuk sebiji kentang). Buat hingga siap dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
- Tuang minyak zaitun, gaul rata dan masukkan pula parutan keju parmesan. gaul hingga semua rata. Tambahkan pulak bahan2 bertanda (*) yang telah disatukan tadi. Gaul lagi hingga semua mesra. Susun atas dulang pembakar dan bakar selama 40 minit di bahagian rak tengak oven, hingga kentang masak.
- Keluarkan dan alihkan ke dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun parsley (che mat guna hirisan daun kucai) dan hidangkan bersama mayonnaise atau sos tomato. Sedap dimakan selagi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Di sebabkan che mat takde Italian seasoning, ku gantikan dengn Mix Herbs dan jika anda takde serbuk bawang putih atau susah nak cari, boleh guna bawang putih biasa dalam 2 ulas (kalau saiz bawang putih kecik, guna 3 ulas), kemudian tumbuk hingga lumat dan boleh gunakan, Keju pulak anda boleh saja ganti dengan keju cheddar jika susah nak dapat keju parmesan....Selamat mencuba!!..
4 Comments
nampak sedap ni che mat. agak2 kalau buat utk bawak suami ke ofis okey x ni?
ReplyDeleteChe Mat!! Tak nak buat...nak makan yang Che Mat buat jer. Huhuhu
ReplyDelete@baby comel - boleh sangat...dah sejuk pun masih sedap...
ReplyDelete@ K jee - alaaa..jauh kak jee, kalau dekat apa lah salahnya...kita duduk makan ni sambil gosip2...hahaha
sedapnya.. boleh try ni.. selalu tgh malam
ReplyDeletelapar boleh la cuba...