Assalammualaikum, selamat pagi semua. Awal sikit che mat update blog ni hari. Malas nak tangguh2 nanti nak buat kerja lain pulak. Hari ni kita sarapan satu makanan orang India, iaitu vadey atau ada yang panggil masalode. Resipi atas perkongsian Chef Khairul Hakimi. Cuma che mat terlanggar pantang sikit lah dari resipi asal chef. Kalau lihat vadey che mat bikin tu kurang nampak kacang dhal biji2. Atas faktor pagar (gigi) agak kurang, jadi kenalah che mat kisar halus sikit kacang dhal yang telah ku rendam semalaman. Kalau ikut resipi asal, Chef Khirul guna 500 gram, tapi che mat bikin dalam 1 cawan saja, yelah kang banyak sangat berpinau mata nak menghabiskan. Resipi mudah, cuma anda kena sabar untuk membentukkan ia menjadi vadey, nak2 kalau baru mencuba. Apa2 pun terima kasih chef sudi berkongsi resipi dan idea....(resipi di bawah ialah resipi asal, jadi anda pandai2 lah buat adjustment jika nak buat dalam kuantiti sedikit)
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kacang dhal (kadalai paruppu)
1 biji bawang besar india, cincang halus
2 biji cili hijau, hiris
2 tangkai daun kari (che mat hiris)
1/2 camca teh garam
Minyak untuk goreng terendam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kacang dhal dicuci dan direndam sekurang2nya 1 jam (che mat rendam semalaman). Toskan kacang dhal dan masukkan ke dalam mesin pengisar makanan (food processor). Kisar hingga hancur, tapi jangan sampai halus sangat. Alihkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan semua bahan2 di atas kecuali minyak. Gaul rata hingga semua sebati. Sementara itu panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambik sedikit (anggaran 1 camca besar) adunan kacang dhal tadi, bentukkan bulat kemudian leperkan seperti anda membuat begedil.
- Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Balik2kan agar masak sekata. Angkat, toskan minyaknya dan boleh hidangkan, Buat kaedah sama untuk baki adunan....Selamat mencuba!!.
1 Comments
duluuuuuuu.. masa kecik2laa ada satu uncle India yg jual vadei ni naik motor (mcm org jual putu mayam tu. memang tak pernah miss beli dan selalu tunggu dia lalu.. siap simpan duit sek tau.. hehehe
ReplyDelete