Salam....ini sarapan pagi tadi sebenarnya, cuma tak sempat nak masukkan waktu pagi. Maka che mat masukkan malam...errr malam pun boleh juga, untuk idea sarapan esok hari. Benda2 simple selalu menjadi pilihan anak2 muda yang baru nak berjinak2 ke dapur, bukan paksa suruh ikut cuma berkongsi idea. Dan che mat sendiri pun bukan lah jenis yang pakar memasak, setakat 'boleh' memasak. Kalau nak jamu2 orang makan sikit2 tu boleh lah. Selalunya bila sebut 'masak', orang akan anggap benda tu remeh, leceh dan membosankan. Sebenarnya memasak perlukan kesabaran dan keikhlasan.Che mat sendiri pun ada masa bosan gilerrrrrrrrrrrrrr memasak, tapi fikir2 balik, bertuah juga pandai masak dan itu anugerah Allah sebenarnya dan setiap apa yang Allah anugerahkan pada kita adalah tanggungjawab. Jadi kalau anda mula nak berjinak2 memasak, mulakan dengan yang mudah dulu...paling senang sandwich macam kat atas ni...err...yang ni anda memang kena masak, masak telur hancur atau omputeh panggil scrambled egg...
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1/4 cawan susu rendah lemak
Secubit garam
1 camca besar mentega
4 keping roti sandwich
Daun salad secukupnya (che mat guna salad 'butterhead')
Hirisan tomato (8 keping)
Hirisan tomato (8 keping)
2 biji jeruk gherkin, hiris nipis
Hirisan bawang hollad (optional)
Sos cili secukupnya
Mayonnaise secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan telur, susu rendah lemak dan garam. Kacau rata dengan garfu. Panaskan mentega dalam kuali (che mat guna non-stick pan). Masukkan telur dan kacau perlahan dengan sudip hingga hancur dan telur bergumpal2, masak sekejaplagi hingga telur sedikit kering tapi bukan garing. Matikan api dan ketepikan.
- Ambil sekeping roti (kalau suka anda boleh sapu sedikit mentega), susuh daun salad, timun, tomato, hirisan bawang (jika guna) dan hirisan jeruk gherkin. Kemudian sudukan 1/2 bahagian telur hancur, ratakan..
- Paipkan mayonnaise atas telur hancur tadi, kemudian paipkan pula sos cili (buat secara bersilang). Letak sekeping lagi roti atasnya dan boleh hidangkan. Buat kaedah sama untuk baki bahan2...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sandwich ini che mat guna roti pound Tesco, lepas tu che mat hiris sedikit tebal. Mungkin kalau anda guna roti sandwich biasa macam 'gardenia' ke, anda boleh dapat 3 set sandwich....Selamat mencuba!...
8 Comments
Thks fr sharing..leh buat bekal utk ank g school gk nih..:)
ReplyDelete@ Gieyana - most welcome puan... ^__^
ReplyDeletesedapnya..tapi telor x boleh mkn byk kolesterolnya tinggi!
ReplyDeleteSama lah kita Che Mat... gee pon sandwich telor pagi ni tp sempoi2 jer... mudah dan berkhasiat kan...
ReplyDeleteesokkk fiza buat utk sarapan pagi :)
ReplyDeleteNgences kakak CM! Kalau baca resepi tu macam senang nak buat tapi itulah tak serajin CM...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI hari2 srapan roti bkar sblm g ofis... terlintas nk but cm kt atas tu.lps ni...boleh cuba la buat.
ReplyDelete