PAPRIK AYAM KURANG PEDAS....

rsz_paprik_ayam
Entri pertama hari Khamis, cm share resipi yang cm masak semalam. Menu paprik ayam atas permintaan anak buah cm, tapi kurang pedas punya, yelah budak darjah 2, takkan nak dilantakkan masakan yang pedas berapi. Cm masak tak banyak, guna 2 keping bahagian peha ayam, yang cm kerat 4 setiap 1....errr banyak jugak tu. Masakkan ini cm pernah buat dulu. cuma kali ini agak kurang meriah sebab sayur2 yang cm letak agak terhad. Budak2 ni agak susah nak kasi makan sayur, kalau paksa kang esok2 bila aku tua, dia orang paksa aku pulak...takmo lah macam tu kan. Tapi kena juga lah makan sayur, itu syarat. Rasanya ramai dah buat dan masukkan di blog masing2. Masa makan semalam, anak buah cm kata, "ucu nya paprik ayam ni kan, kurang merah lah"...haha, hambek, sekali budak darjah 2 komen masakan cm...Warning kat dia, jangan cerita banyak, kasi makan diam2 sudah....Tak merah sangat pun licin gak 3-4 ketul ayam dia....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping bahagian peha ayam bersaiz besar, kerat 4 setiap 1
150 gram bunga kobis, dipotong sekuntum2
4 biji cili padi, dititik
2 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, belah 6 (cm tak letak)
1 pokok kecil daun ketumbar, kerat kasar
Sos ikan secukup rasa

BAHAN SOS :-)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
2 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging ayam cuci dan toskan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul rata dan goreng embal2, jangan garing. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili padi, daun limau purut dan bunga kobis, gaul rata dan masukkan ayam tadi. Kacau dan masak sekejap. Kalau perlu tambah sedikit air.
  3. Tambah bahan sos dan gaul rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masukkan tomato (kalau guna) dan masak hingga sayur lembut. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..

Post a Comment

8 Comments

  1. Favourite Hubby...yumm yumm! Lapar pulak tengok ;)

    ReplyDelete
  2. Isk isk isk mau pi terbang ke rumah CMG je rasa nyer menu hari2 sgt sedap!!! :D...

    ReplyDelete
  3. emmmm... dah lama tak mkn paprik!

    ReplyDelete
  4. Simple je. nanti nak try manalah tahu kot2 anak2 suka.

    ReplyDelete
  5. anak saya tak suka masakan pedas, boleh lah cuba resepi ini

    ReplyDelete
  6. Sedappnye malam2 tgok rase nak makan..hihi..good sharing..sudilah ke blog saya..😊😊

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.