rsz_sotong_kangkung
Assalammualaikum, sehat ke ni hari?...Err ada yang tegur kata che mat, u ni guna bahasa terbalik tau, bukan 'ni hari' laaah, tapi 'hari ni'...haha, ye ke, ntah lah sebab kita orang dah biasa guna macam tu, ni hari, ni jam, ni haa!! Hari ni mat buat sotong kangkung, sebab bahan2 dah ada, pagi tadi tiba2 termengidam sotong kangkung. Pada mat buatnya tidak lah susah sangat, hanya perlu ada kangkung, sotong kembang dan bahan sosnya. Bijan dan kacang tanah tumbuk sebagai hiasan juga sebagai tambahan untuk memantapkan lagi sotong kangkung anda. Sos petis tu anda kena pandai gayakan, ada petis yang sedia kala manis dan ada yang tidak, jadi kena pandai adjust rasa manis dia. Ok kita lihat resipi mudah ini..

BAHAN - BAHANNYA:-)
2 cekak kangkung, siang berasingan batang dan daunnya, cuci bersih dan toskan
2 ekor sotong kembang, saiz sederhana
Bijan secukupnya, disangrai hingga wangi
Kacang tanah tumbuk secukupnya
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN SOS :-)
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos hoisin
2 camca besar sos plum
4 - 5 camca besar penuh petis
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap manis (mat guna jenama ABC)
Gula jika perlu
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SOS :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis cili kisar hingga harum. Masukkan sos hoisin dan sos plum, kacau rata. Tambah petis, kicap pekat dan kicap manis. Kacau dan tuang air. Kacau hingga sebati dan renihkan hingga sos pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit gula. Biar sejuk.
  2. Sementara itu, sotong dibersihkan dan potong kiub pada saiz sederhana, celur dalam air mendidih bergaram selama 1 - 2 minit, angkat dan toskan. Kangkun juga dicelur dalam air panas mendidih bergaram yang di tambah sedikit minyak makan. Celur 30 saat sahaja, kemudian angkat, toskan dan rendam dalam air berisi air batu. Bila kangkung sejuk, toskan hingga kering..
  3. UNTUK SOTONG KANGKUNG :- Letak kangkung dalam bekas sesuai, kemudian letak sotong atasnya. Tuang sos atas sotong tadi, ratakan. Tabur bijan dan kacang tanah tumbuk, letak sedikit minyak bijan. Hidangkan segera....
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda suka pedas boleh tambah cili dalam sos tadi. Sos akan lebih pekat bila ia sejuk. Kalau takde sos plum, anda boleh letak sedikit asam jawa.  Boleh juga dihidangkan secara individu, maksudnya, anda asingkan sotong, kangkung, sos, bijan dan kacang tumbuk dalam bekas berasingan dan hidangkan...Selamat mencuba!!