rsz_dsc_4666
Malam semua, petang tadi mat lakukan upacara pecah tanah...Haha, kan main si mat, macam nak bukak ladang baru. Bukan bukak ladang lahh, tapi merasmikan Pie Maker hadian dari Kak Ida 1001 Resipi. Sebenarnya niat nak pecah tanah tu dah terdetik sejak Jumaat lepas, cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan. Hari ni mat lakukan juga lah cuma mat rasa agak kurang sempurna sebab bukan guna pastry yang betul, tapi mat guna roti sahaja sebagai kulit pie. Bess benda ni, serius, bukan saja senang tapi practikal. Lain kali nak guna pastry yang betul. Kalau ikut seperti yang disarankan, untuk mangkuk pie guna short crust pastry dan atasnya guna pastry puff. Takpe, nanti senang mat buat...kita tunggu ok..

rsz_dsc_4682
Kalau nak tengok rupa Pie Maker jenama Sunbeam yang datangkan khas dari Australia tu anda boleh klik sini (ehsan dari blog Kak Ida 1001 Resipi), mat tak ambik pulak gambar dia tadi, sebab masa buat ni tiba2 datang pulak tetamu...errr, tu yang jadi kelam kabut sikit. Satu pie maker ini akan menghasilkan 2 biji pie, dan alat pemotong untuk ukuran kulit bawah dan atas pie disertakan sekali. Untuk inti mat guna daging ayam dan konon ni chicken pie. Sesuai untuk minum petang dan sebagainya. Terima kasih sekali lagi pada Kak Ida atas pemberian pie maker ini....Kita lihat resipi yea..

BAHAN-BAHAN INTI :-)
100 gram daging ayam, didadu
1 biji bawang holland saiz kecil, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
1 helai bay leaf
1/2 camca teh lada hitam serbuk
3 camca besar susu segar @ air
1 camca besar serbuk sup cendawan VONO
1/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping roti sandwich (mat guna roti Gardenia)
Marjerin untuk disapu pada roti
Sedikit parsley untuk hiasan

P1310273P1310275P1310285
P1310284P1310287P1310288
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan). Tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum, masukkan ayam dan mix vege, kacau. Tambah serbuk sup cendawan dah kacau lagi. Guna api kecil. Tuang susu atau air, kacau rata dan masukkan serbuk lada hitam. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK KULIT PIE :- Canai 4 keping roti hingga nipis dan muat pada alat pemotong kulit pie (yang disertakan sekali bersama pie maker tadi). Tekap dan kemaskan untuk bahagian bawah pie (2 keping) kemudian tekap untuk bahagian atas pie pulak, juga 2 keping. Ketepikan.
  3. UNTUK CHICKEN PIE :- Panaskan pie maker hingga lampu merah bertukar pada hijau. Sementara itu, sapu marjerin pada permukaan kepingan kulit pie tadi. Kemudian, letak kulit pie, pastikan bahagian yang disapu marjerin dibahagian bawah. Kemaskan, berhati2 sebab masa ni pie maker panas!..
  4. Letak inti secukupnya (keluarkan bay leaf). Tutup dengan bahagian atas pie dan pastikan bahagian bersapu majerin berada di atas. Letak betul2 hingga menutupi pie tadi (macam dalam gambar). Tutup pie maker dan masak untuk 8 - 10 minit. Keluarkan dan hias dengan daun parsley. Boleh hidangkan....