(Gambar Ihsan dari Blog Koleksi 1001 Resepi...Terima Kasih)

Assalammualaikum, baru berkesempatan untuk menulis entri cerita hari Khamis lepas (5.7.2012). Kadang2 hidup ini penuh dengan kejutan. Dan begitu juga yang terjadi pada mat pada Khamis lepas (xceli mat dah diberi tau menerusi e-mail). Bila mana kami menerima kehadiran Kak Ida dan suami, puan punya blog 1001 Resipi di sini. Berbesar hati kami menyambut kedatangan Kak Ida. Kalau tanya mat, Kak Ida ni orang nya macam mana. Serius kata, first impression yang mat nampak, raut wajah keibuan yang sejuk dan nyaman, nampak tenang dan dalam masa yang sama ada alur ketegasan..tapi cukup ramah, berfikiran terbuka dan berpandangan positif (itu pandangan dari mata Mat Gebu). Satu yang mat puji, idea Kak Ida di blog beliau, yang bijak mengolah satu2 produk makanan pada satu sajian yang agak berbeza. Kalau anda jumpa secara peribadi, mesti anda juga setuju dengan apa mat tulis....

Terima kasih dari kami sekeluarga untuk Kak Ida dan suami (yang begitu ramah, low profile dan ibarat kata bonda, tiba2 macam dah lama kenal sebab seronok berborak). Dan  Pie Maker yang bess tu serta buah tangan yang lain juga. Minta maaf jika ada terkasar bahasa dan perbuatan. Maklumlah mat gebu ni bila syok berborak, ada kala terbabas dari landasan. Sebab sedap sangat bercerita macam2 pekara sampai mat sendiri terlupa nak ambik gambar Kak Ida dan suami, huhu.. Tu yang kat atas mat pinjam dari blog Kak Ida. Serangkap pantun sebagai penutup bicara..


ANAK CINA MENCARI LOKAN,
LOKAN ADA DI TANJUNG TUAN,
SERIBU KASIH KAMI UCAPKAN,
PADA KAK IDA ATAS KESUDIAN.