qhaliff
Assalammualaikum, 2 hari tak berblog, jangan memain tu boleh mengurang pengunjung tetap DTS(terima kasih pada yang sudi singgah). Sebenarnya mat sibuk sikit. Pagi ni kita mulakan entri dengan apa yang berlaku semalam. Rasa seronok dan berbesar hati menerima kehadiran "bakal" blogger kecil ni, dah tentu lah Muhammad Qhaliff Iman Ibni Ben Ashaari. Teringat Ben pernah kata dulu, esok2 dapat baby, dia akan bawak ke Sedenak. Ibarat kata bidalan lama, kerbau kita pegang pada talinya, manusia kita pegang pada janjinya, maka tertunai lah sudah janji tersebut. Sapa lah tak geram melihat bayi comel yang wajahnya saling tak tumpah macam Ben (tapi dalam kedudukan berbeza, jadi wajah Azila pulak...oittt..mesti lah mama dia tuuu...). Comelkan Qhaliff...nampak macam budak dah besar, kata bonda Qhaliff ni tinggi lampai orangnya, daya pemikiran luas dan agak jitu dalam membuat keputusan nanti (tengok lah dahi dia tu....apa2 pun yang dikatakan, Insya Allah...biarlah kita doakan yang bagus2 dan yang manis2 untuk insan suci ini.)

qhaliff 2
Majlis bermula kurang lebih jam 12 tengah hari, mula2 Kak Yatie (Yati Memories) sekeluarga datang. Diikuti dengan Ayu Citarasa Rinduan serta keluarga. Tak lama lepas tu Ben Ashaari, Que Ahmad, CikAli dan geng-geng Whatspp dari Putrajaya sampai (errr...kalau baca sila tinggalkan link blog anda ok...minta maaf dari Che Mat). Ini pertama kali Qhaliff dibawa berjalan melalui pengangkutan darat yang agak jauh. Jarak Putrajaya - Sedenak tu berapa agak2?(sendiri Google yea). Sue Joshua sekeluarga meyusul (terima kasih pada Bonda Sue sudi datang). Bila Sis Linn, Bukit Indah sampai, suasana terus berubang, jadi meriah sangat2, mat bukan lah nak puji, Sis Linn ni happening orangnya, kan Linn, terakhir sekali Blogger Kasawari dan isteri Cikgu Linda...Memang pengsaann lahhh >______<

qhaliff 1
Pada semua, ucapan terima kasih dari DTS-MAT GEBU, amacam Sedenak ok tak?..Ada tak "yang" ikut balik? Hidangan pun ala kadar saja (tak sempat nak ambik gambar semua, tapi anda boleh lihat di blog rakan2 yang buat entri).. Mat masak asam pedas ikan pari, Kobis masak lemak putih, Ayam goreng, ulam2, sambal belacan, ikan masih goreng dan anggur sebagai pencuci mulut..Lepas tu ada lah buat kek keju mangga (jenis beku), pavlova, karipap(orang lain buat) dan Kak Yatie bawak apam polka dot yang sedap, comel dan mulus juga tak lupa Ayu dengan Pizza <----sedap ok pizza, kami suka!!.. Tu sajalah yang ada. Akhir kata terima kasih sekali lagi, minta maaf jika ada terlanjur kata, terkasar tingkah laku dan perbuatan. pada Ben, Azila dan Qhaliff, terima kasih..

DATO UNDANG PERGI JELEBU,
BELI MANGGIS BERKATI-KATI,
RIBUAN KASIH DARI MAT GEBU,
BUAT TETAMU YANG DI HORMATI.

MALAM HARI PASANG PELITA,
JARAK PELITA PANJANG SEDEPA.
TERKASAR BAHASA MAAF DIPINTA,
JIKA BERUSIA INSYA ALLAH BERJUMPA.

Turut ada dalam entri2 mereka....
Kak Yatie
Ayu Citarasa Rinduan
Ben Ashaari
CikAli
Qasehdalia
Sue Joshua
Mk Syahir
FizaFantagiro
Puteri Rimba
Sis Linn