Assalammualaikum, salam semua. Dah makan?.Hari ni mat masak siput sedut. Seperti biasalah kalau tak masak lemak mana sah, atas permintaan mat pun masak, tapi yang bersihkan siput serta siang dah tentu lah bonda ku. Dalam pada tu stok batang keladi sayur pulak takde, hmmm, kalau masak siput selalunya kami akan campur batang keladi atau timun. Oleh sebab takde, maka bonda cadangkan letak pucuk ubi. Mula2 mat tak berapa nak sangat lah, lepas tu dia kata, pucuk ubi tu simpul dulu macam orang Negeri Sembilan masak. Bess juga kan, tu resipi warisan. Ok mat setuju dan terus pi petik pucuk ubi di tanah rendah, mat guna pucuk ubi hijau. Seperti biasa, kalau petik pucuk ubi, mat akan petik sampai pucuk yang no 3 dari atas, dan ada juga yang buang bahagian pucuk sekali, kata orang untuk mengelakkan pening kepala, wallahualam, selalunya mat tak buang pun, aku guna semua sekali..
Untuk menyimpul pucuk ubi kalau dapat gunakan daun yang muda, ini kerana kita tak celur pucuk ubi tadi. Satu pucuk ubi akan menghasilkan 2 - 3 simpulan, bergantung pada saiz pucuk ubi tadi. Tapi pastikan anda gulung sedikit biar dia jadi memanjang dan tidak terburai bila disimpul kelak. Satu lagi, masukkan pucuk ubi simpul sebelum anda tuang pati santan, ini kerana kalau anda terlebih kacau pucuk ubi tadi dikhuatiri simpulannya akan terbukak, logik lah kan sebab sayur akan mengecut bila dimasak. Ini satu resipi warisan yang makin hilang di telan zaman, jadi tanggungjawab kita sebagai blogger masakan memperkenalkannya pada orang2 muda....Ok kita lihat resipi pulak..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 cekak pucuk ubi muda
1 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan
1/2 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sehari sebelum anda memasak siput tadi, buka bungkusan siput sedut, letak dalam periuk atau baldi, tabur dengan hampas kelapa. Kemudian tutup permukaan baldi dengan tapis dan tindih tapis tadi dengan benda berat samada lesung batu atau batu bata. Keesokkan harinya, cuci bersih siput tadi, kemudian kerat hujungnya, anggaran pada 3 ruas dari bahagian atas. Buat hingga siap, cuci bersih dan cedok keluar siput tadi (guna tangan saja) dan toskan.
- Sementara itu, pucuk ubi dicuci dan toskan. Ambil 1 pucuk ubi dan gunakan 1 atau 2 helai daun ubi yang lembut tadi, gulungkan memanjang dan simpul seperti dalam gambar di atas, buat hingga siap dan ketepikan.
- Masukkan siput tadi ke dalam periuk bersama2 serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah pucuk ubi simpul dan biar masak dengan api sederhana hingga pucuk ubi lembut. Tuang pati santan dan kacau perlahan (jangan ganas, nanti pucuk ubi terlerai simpulannya).
- Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.
8 Comments
tak boleh tahan tengok.. ganti dgn daun lain boleh tak?
ReplyDelete@ eny Yusnizar - Hmm, kalau ganti dengan daun turi pun ok juga, tapi batang keladi sesuai tak pun timun..
ReplyDeletecomel
ReplyDeleterajin pcm simpulkan
salam Mat....
ReplyDeletesedapnya Che Mat masak.....lebih2 lagi kalau ada budu kat sebelah. Heavennn...
adoi........ sedapnya. alahai, kat sini manalah dpt dpt siput :(
ReplyDeleteas salam Che Mat, cantiknya gambar. terus membuatkan kita terliur
ReplyDeleterajinnya..kalo faa mesti da malas..hihihi
ReplyDeleteSalam mat gebu...terliuq nengok...tengok resepi dah tahu memang edap angat nih...
ReplyDeleteSalam ukhwah, salam kasih sayang...
p/s Boleh mesej fon no tak...sebab tefon dah tukar...