rsz_dsc_5287
Assalammualaikum salam Selasa, dah tengah hari baru sempat masukkan entri sarapan. Tapi cuma sarapan yang biasa dan tak payah resipi pun. Ini antara mat suka makan, keledek rebus, tapi suka yang keledek kawen kaler oren, sebab rasa dia manis dan lembut. Kalau yang biasa tu ok gak cuma tak berapa bes dan ianya lebih sesuai kalau kita buat cok keria atau cok badak atau pun cekmek molek. Satu lagi mat suka ubi keledek yang bersaiz kecil sebab bila merebus ia cepat empuk dan nampak comel2 jee, takde lah tertonggok seketul atas piring, nampak macam tak manis.

rsz_dsc_5292
Sedap dimakan begitu sahaja atau cicah sambal tumis. Kalau dikampung2, ini antara hidangan ringkas sebagai sarapan selain ubi kayu. Kalau goreng pun ok tapi leceh sikit sebab kecik2 dan renyah sikit nak menghirisnya, lainlah kalau keledek bersaiz agak besar. Oh yea ada sesuatu yang menarik untuk anda letak di dapur dan mana2 tempat yang anda rasa sesuai..nampak pratikal, kemas dan menarik..nak tau apa klik sini... Terima kasih.,..dan sebab entri ni hanya keledek rebus, mat tak sertakan resipi yea. Keledek tu cuma cuci bersih, rebus dan letak garam, rebus hingga keledek empuk...Salam semua, jumpa dalam entri lain nanti yea.....