rsz_dsc_4366
Salam petang semua.....kali ni mat nak letak satu entri yang mat tak boleh nak makan, cuma masakkan sahaja....huhu, ikut tekak memang nak, tapi terkenangkan kegatalan yang akan ku alami kemudian nanti, terus takmo dah. Ingat resipi sotong ala sardine tempoh hari di sini... Baru2 ni abang mat ada beli lagi, kali ni pun saiz giant juga 2 ekor = 1 kg!!..pepandai lah u all agak besar ke tak..Tadi mat cadang buat rendang tapi sebab sotong tu memang sah keras jelatu nya kalau dimasak2 macam tu saja..jadi as an alternative mat rebus dulu dalam periuk tekanan atau omputeh nyebut pressure cooker selama 30 minit. Lepas tu baru masak rendang. Sebab sotong tu dah masak, kita letak dalam kuah rendang yang hampir kering, masak sekejap lepas tu siap dah..ok mat tulis resipi dia...Jommm....

BAHAH-BAHANNYA :-)
1 kg sotong saiz besar (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
  3. Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...