P1300856
Salam semua, selamat pagi, ok tak boleh cerita banyak, masa mat agak ketat hari ni, pagi 27 Ramadhan ni, mat share 1 lagi biskut raya biasa2 yang mat buat, resipi dia mudah dah sedap. Kita lihat apa yang anda perlukan. Sebelum tu sempena Aidil Fitri yang akan menjelma nanti, eloklah kita renungkan entri bermakna ini.....di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
260 gram mentega, mat guna jenama Anchor
120 gram gula aising
250 gram tepung halus (atau tepung gandum)
130 gram tepung jagung
60 gram badam serbuk
40 gram nestum biasa, dikisar
1 camca teh esen vanilla
Kuning telur, untuk disapu
Gula hiasan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung, tepung jagung, serbuk badam dan uga nestum. Uli hingga jadi doh. Canai 1/2 cm ketebalannya dan terap guna acuan kegemaran. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  2. Sapu kuning telur dan tabur gula hiasan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Biar suam sekejap atas dulang pembakar, alih atas jaringan dan bila betul2 sejuk, simpan dalam bekas kedap udara..