P1240603
Salam Selasa semua, apa khabar...pengsan tak?.. Hahaham jangan tak tau selain mat gebu ni kaki derhaka resipi, dia juga kaki ulang tayang resipi. Biasalah dah banyak sangat, aku pun naik blurr dah ni, kepala macam cenoneng jee. Kalau lauk asam pedas tu tak berapa kali tayang, kalau blog ni boleh cakap dia pun sound kat mat gebu. Tapi tak pe, dari tak de N3. Hari ni macam biasa mat masak asam pedas ikan pari campur nenas madu..Kadang2 sampai malas nak masukkan N3 asam pedas, asyik tuu jee. Bosann kann (uikk ada juga yang angguk pala tuu, setuju eks..huhu). Habis tu nak buat macam mana, mat sekarang mood nak masak serius cakap very low, ala2 bateri laptop yang tak sampai 50% lagi bernyawa...bosannn sangat lahh....

P1240600
Lepas tu kan tiba2 dengan ghairahnya mat masak satu lauk paling simple, paling senang, paling mat suka..tapi tak tau lah anda suka ke tak, aiman ada ke kesah?..tak kan, hehe, ni terung goreng kunyit, jadi kalau sudi tengok lah yea..Resipi ni inspirasi dari buku kak liza. Ok, mat bagi satu petua, ada orang tanya terung tu tak pahit ke..hmm cuba anda rendam dalam air yang dilarutkan sedikit garam, insya allah terung tu tak jadi pahit (tapi kan setakat ni mat rasa terung tu sedap jee, tak pahit pulak, mungkin jenis2 terung agaknya). Ok lah tulis banyak pun nanti orang bosan..kita semak resipi yea...

ASAM PEDAS IKAN PARI & NENAS MADU ....

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari
1 biji nenas madu sederhana besar
2 kuntum bunga kantan
1/3 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 camca teh lada hitam
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
2 keping hirisan nipis lengkuas
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat, cuci dan perap dengan garam dan limau nipis selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masuk nenas dan gaul, biar masak sekejap dan tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan kacau perlahan. Tuang jus asam jawa, masuk bunga kantan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man...

TERUNG GORENG KUNYIT...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru jenis panjang
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
1 biji bawang besar sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
5 - 6 biji cili padi, diketuk
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal, dan rendam dalam air bergaram selama 10 minit, toskan dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hinga layu tapi jangan lembik. Angkat, toskan dan letak atas beberapa keping paper towel hingga minyak terserap. Susun dalam pinggan sesuai..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan secubit garam, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga layu, angkat dan tabur atas terung tadi, hidangkan segera...hmm i likeee...