Urap Pedas Beremi
Assalammualaikum semua, salam Selasa. Kebelakangan ni cuaca tak menentu sungguh, pagi panas, kejap lagi hujan, kang panas balik. Keadaan macam ni pun boleh buat rasa tak sedap badan, selsema dan demam. Jadi kena lah selalu minum air masak..waa, ala2 makcik pulak. Ok hari ni mat share satu resipi urap "beremi"..tau tak apa tu pokok "beremi?", ianya sejenis tumbuhan yang sering tumbuh di kawasan berpasir terutama berhampiran kawsan air masin. Pokoknya seakan2 pokok bunga "pukul 10" yang ada pelbagai warna. Pokok beremi ni sedap dibuat urap. Semalam abah mat pi Batu Pahat dan dia ada beli pokok beremi ni di pasar. Jadi mat buat lah urap pedas. Rasanya lemak2 manis dan ada sedikit pahit di hujung2 rasa. Pokok ni banyak khasiat dari segi perubatan. Senang didapati dipasar2 basah, atau pasar2 tani..

Rupa pokok beremi, abakan jari pak tua yang gebu dan montok's itu yea...hehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g pokok beremi
1 cawan kelapa parut putih
1 biji bawang besar hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
8 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pokok beremi, dibersihkan, tosk hingga betul2 kering, hiris tapi jangan terlalu halus, ketepikan. (kalau boleh, cuci dan toskan beremi hingga betul2 kering).
  2. Kelapa parut digaul bersama bahan2 tumbuk lumat hingga rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan beremi dan hirisan bawang besar, gaul hingga mesra.
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan boleh hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 yang lain. Selamat mencuba...