MAGGI GORENG BUNGKUS..

Maggi Goreng Bungkus
As'laikum semua....aduhhh..penat, letih dan mengantuks ni, dah 2 - 3 hari mat tidur lewat antara jam 4 hingga 5 pagi...Sebabnya kawasan kejiranan kami tak de bekalan air paip. Tapi semalam dah ada, cuma air tu tak sesuai lah untuk digunakan, kotor. Tapi hari ni dah ok, bersih. Alasan yang pihak Syarikat Air Johor bagi..."kawasan encik tekanan air rendah"...tau lah kawasan kami ni agak tinggi dan rumah mat kedudukanya pun agak tinggi...stresss kooo!!!.. Excelikan ini mat buat semalam tau, tapi tak sempat nak masuk N3, jadi masukkan hari ni. Ok, sebenarnya kan mat tak pernah goreng mee maggi!!, jangan tak caya beb!...Satu hari tu kan tah macam mana terpanggil pulak nak goreng maggi, ini gara2 cerita pasal sorang "budak muda" ni buat maggi gorenng yang "tulen".....kisahnya ada kat sini.... (Ben, sorry ek!!).... Tapi kan kali ni mat cuba try a fusion way of style in making maggi goreng..tuu diaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket Maggi perisa ayam + perisanya sekali
2 batang crab stick
1/2 cawan isi ayam
5 -6 ekor udang besar
1/2 camca besar sos cili
1/2 camca besar tomato sos
1/2 kiub tom yam "Maggi"
1 cawan taugeh (optional)
2 kuntum cendawan butang, hiris
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
5 biji cili padi, hiris halus (tak tahan pedas, letak sikit atau abaikan)
Sedikit air
2 biji telur*
1/3 camca teh serbuk lada hitam*(*dikacau rata)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasa
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mee maggi hingga lembut, angkat dan toskan. Crab stik dikerat2. Udang dikupas, buang urat belakang, cucu dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hiris hingga harum. Masukkan sos cili, sos tomato, kuib tomyam dan perisa ayam (yang disertakan bersama pack maggi). Kacau rata dan tuang sedikit air.
  3. Masukkan cendawan, isi ayam, udang dan crab stik. Kacau rata dan masukkan mee maggi tadi, gaul dan tambah taugeh, kacau hingga rata. Rasa dan jila ok boleh matikan api. Ketepikan sebentar.
  4. Panaskan kuali non-stick pan. Lenser dengan sedikit minyak. Goreng telur dan jadi kan telur dadar nipis. Biar hingga masak. Alih dalam pinggan, letak maggi goreng tadi dan bungkus kemas2. (rasa2 kan boleh dapat 2 bungkus...tapi isi tak banyak lah)
  5. Terbalikkan dalam pinggan sesuai (bahagian berlipat dok belah bawah). Potong permukaan telur berisi maggi tadi dalam bentuk "X". Kembangkan dan hias dengan hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan belahan limau kasturi....Lepas tu apa lagi balunn leerrrr!!...

Post a Comment

5 Comments

  1. salam mat gebu...ni yang buat terliur neh....mesti mau coba ...hahahaha...makasih kasi resepi nehh...

    ReplyDelete
  2. adui cikmat..tak tahan godaan nih...nak gi wat gak laaaa...tp guna mi kari je kot..ganti perisa tu ngan kiub ayam..ok kot?eheee

    ReplyDelete
  3. salam Ben...
    Ni 1st time goreng maggi, kelako leer, walhal dah berzaman benda ni aku tgk hari2, tapi tahun 2010, baru buat....

    salam hasue...
    Kalau perencah kari tak yah leer guna perisa ayam...cuma garam mmg tak yah guna sebab dah masin semulajadi...

    ReplyDelete
  4. mat,
    Ada udang besar dalam mee goreng tu... Sedap wei....

    ReplyDelete
  5. hi cat!!...
    Hahaha, tapi kan udang tu pada i kurang sedap not so fresh, selalunya kan father i pancing sendiri, udang galah, yang itu sedap!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.