Blueberry Cup Cake

Atas permintaan anak2 sedara, mat pun buat lah cup cake, resipi ambil dari kek marble susu sumbangan "Norzailina Nordin", tapi mat tak letak coklat, cuma buat plain, letak esen vanilla dan intikan dengan blueberry filling.....

Blueberry Cup Cake
Bila cup cake tu dah siap bakar, tiba2 macam tergatal pulak nak menghias dengan buttercream, jadi mat pun bancuh lah buttercream, resipi kak lina punya.....Lepas tu boleh lah hias ikut gaya mana yang kita suka, asal lawa pada pandangan mata sudah laah....macam mat yang amatur ni, setakat hias simple tu boleh laa, jgn koo suruh aku buat bunga rose!....memang jahanam!!.

BAHAN UNTUK KEK :-)
175 g mentega
115 g gula kastor
1 camca teh ovallate
2 biji telur gred A
135 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
30 g susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

BAHAN UNTUK BUTTERCREAM :-)
125 g mentega
125 g creamwell
100 g susu pekat manis
40 g gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan mentega dan ovallate, pukul rata, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang. Tuang susu pekat manis dan kacau rata.
  2. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla dan gaul rata. Sudukan 1/2 penuh dalam setiap muffin cup. Buat hingga siap. Dapat lebih kurang 12 biji, bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  3. Isikan 1/2 camca teh blueberry filling pada setiap adunan. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Biarkan kek sejuk sepenuhnya atas jaringan.
  4. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan untuk buttercream sehingga kembang dan putih, gunakan kelajuan sederhana untuk mendapat hasil yang halus dan cantik. Kemudian boleh lah hias atas cupcake yang telah sejuk tadi mengikut kreativiti masing2...