BEN ASHAARI

Sunday, October 4, 2015

SOTONG GORENG TEPUNG

rsz_sgt
Assalammualaikum, salam Ahad semua. Hari ni che mat betul2 mengidam sotong goreng tepung. Sedia maklum che mat tak berapa boleh sangat makan sotong segar, kecuali sotong kembang dan sotong tin. Tapi kalau nak bikin sotong goreng tepung kenalah guna sotong basah atau sotong segar, barulah ngam. Maka hari ni, tekat juga bikin, gatal belakang kira. Sotong yang che mat guna ni jenis panjang2 dan saiz lebih kurang 2 jari orang dewasa dan panjang dalam sejengkal. Kulit sotong dibuang dan che mat goreng sekor2, kendian nak makan baru potong2. Sebabkan tepung beras habis, maka ku guna tepung kentang, alhamdulillah sedap dan rangup walaupun dah sejuk. Masa menggoreng anda kena hati2 kerana ia akan meletup2. Pastikan anda goreng dengan api sederhana besar dan minyak yang panas. Jangan goreng lama2 sangat untuk mengelakkan sotong jadi liat....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 7 ekor sotong saiz sederhana
2 1/2 camca besar tepung kentang (boleh guna tepung beras)
1 camca teh chili flakes
1 camca teh cincangan parsley (boleh ganti dengan kucai)
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 camca teh lada hitam kisar
3/4 camca teh garam halus
1/2 camca teh gula halus
1 putih telur
Minyak untuk menggoreng terendam
Sos kegemaran anda untuk dimakan bersama sotong goreng tepung 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong diasingkan kepalanya dan bersihkan bahagian dalam badan sotong. Buang kulitnya kemudian kelar2 tapi tak putus. Cuci bersih dan toskan. Kepala sotong dibuang muncung pada bahagian mulutnya dan buang juga mata sotong. Cuci bersih dan toskan. Lap hingga kering kepala dan badan sotong tadi dengan kitchen paper towel. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung kentang (atau tepung beras), chili flakes, lada hitam, parsley (atau kucai), bawang putih cincang, garam dan gula. Gaul hingga semua rata dan mesra, ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Sementara itu, pukul sedikit putih telur tadi dan masukkan ke dalam mangkuk berisi sotong. Gaul rata. Kemudian tuang sotong ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul hingga semua bahagian sotong bersalut dengan tepung tadi. Goreng sotong dalam minyak panas, balikkan hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat hingga siap. Potong sotong tadi sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran anda. Kalau suka boleh hias dengan hirisan daun kucai dan sedikit lada hitam kisar. Selamat mencuba!!.


3 comments:

IQBAL ZARIN said...

ada tips tak nak elak sotong meletup masa goreng.

Nooriah Abdullah said...

teruja kaknoor tengok sotong ni la cikmat, esuk lusa boleh try ni

MILx HASHIM said...

sedap tue...http://jmbelog.blogspot.my/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.