BEN ASHAARI

Friday, February 13, 2015

GULAI REBUNG MADU SAMA IKAN MASIN KURAU

rsz_rebung_ikan_masin
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Sebelum tu che mat ucapkan takziah pada kaum keluarga tokoh terbilang yang amat disegani, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang pulang ke rahmatullah malam semalam...Al-fatihah, takzia juga untuk rakyat Kelantan. Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya...aminnn. Anda masak apa hari? Che mat masak atas permintaan sebenarnya. Lama juga takde stok rebung madu, sejak2 musim panas ni pokok buluh madu tak galak mengelurakan rebung, kalau ada pun sekali sekala saja ia muncul. Mula2 che mat nak masak sama udang, tapi kenangkan bak tak boleh makan, jadi ganti dengan ikan masin kurau, che mat campur tulang dan isi ikan. Untuk kurangkan rasa masin, tulang dan isi perlu direndam lama sedikit, kurang lebih 1 jam atau lebih. Satu lagi jangan masukkan awal, nanti isi ikan akan hacur, masuk dipertengahan sebelum anda tuang santan pekat...pening eks?..takpe, kita cerita nanti yea..Jomm masak!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram rebung madu yang telah disiang dan direbus
5 ketul ikan masin kurau 
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah
10 biji cili padi
Secubit belacan 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terlebih dahulu ikan masin dicuci, kemudian rendam selama 1 jam, dan setiap 20 minit gantikan air rendaman dengan air yang baru. Masukkan rebung ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugor dan biar masak dengan api sederhana selama 10 minit atau rebung lembut. Tambah ikan masin (toskan) tadi dan tuang pati santan. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau sentiasa.
  3. Masukkan daun kunyit. Perasakan dengan sedikit garam (atau secukupnya) dan gula (kurang lebih 1/2 camca teh). Kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, telur dadar dan ikan goreng...Selamat mencuba!!


3 comments:

Maria Hasun said...

Tak Suka rebung. . hehe

Wan Widget said...

http://ebookbisnesonline.com/

kalau rebung ni saya x pernah makan, x tau rasa dia macam mana, tp kat kedai makanan melayu banyak benda ni, punca utama saya x makan sebab x suka dengan bau dia, mungkin sedap tp x pernah cuba walau sekali, rasanya saya kena paksa cuba baru adil nak kata sedap atau x, x leh juga berdasarkan bau, hehe

Nadia Johari said...

sedapnya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.