BEN ASHAARI

Tuesday, January 13, 2015

PUCUK KELEDEK TUMIS CILI PADI..

rsz_pucuk_keledek_tumis_pedas

Assalammualaikum, salam Selasa. Hai ni nak berkongsi menu sayur yang 'agak kurang glamer' dan kiranya makanan zaman darurat dulu kala. Che mat orang nya senang, semua sayur aku makan, tak memilih, yang pahit ke, yang kelat ke, semua ok. Jangan kasi makan rumput sudah lah, jadi kambing pulak nanti. Pokok keledek sayur tu bukan tanam, bonda che mat campakkan aje kat tanah di belakang rumah, tau2 hidup subur pulak. Sebelum daun pucuk dia jadi tua, elok dipetik dan tumis sama cili padi. Sedap dimasak pedas2. Orang peranakan baba nyonya juga suka masak pucuk keledek ni sama isi keledek, masak lemak. Masa menyiang, anda perlu asingkan batang dan daunnya, sebab batang tu kena dimasak dulu, sampai lembut, baru masukkan daun. Masak pun kena lama sedikit sebab pucuk keledek tak sama macam kangkung atau bayam yang cepat layu. Resipi ini memang tak glamer, tapi setidak2nya generasi muda tau, menu tok nenek kita dulu kala....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk keledek (che mat guna pucuk keledek jenis kaler hijau muda)
1/2 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa (boleh ganti dengan garam)
Sedikit air

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan
11/2 camca besar ikan bilis, dibersihkan dan direndam sekejap, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang berasingan batang dan daun keledek, cuci dan toskan. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bahan2 tumbuk lumat hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos tiram, kacau dan tuang air (kurang lebih 1/2 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan batang pucuk keledek dan masak hingga lembut. Tambah pucuk keledek, kacau rata dan masukkan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap hingga pucuk keledek lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, telur dadar dan ikan goreng.

5 comments:

Eny Abdullah said...

Pucuk letup pun sedap juga kan cik Mat

Nadia Johari said...

wah mudah dan senang..

Lisa Nurulain said...

sayur kesukaan sayaaa

Sentiasa Panas said...

Memang sedap....:)

Sis Lin said...

Nak cuba gak laaaa...selalu nampak kedai aku ni jual, tapi xreti nak masak apa, nnti nak cuba versi ko ni...hehehee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.