BEN ASHAARI

Monday, January 26, 2015

BENING BETIK LADA HITAM

rsz_bening_betik (1)
Salam semua, antara resipi paling mudah dan menjadi santapan che mat di kala kurang sehat, atau tekak kurang enak. Maklumlah kalau asyik menu yang digoreng atau bersantan, perlu juga sesuatu yang ringan untuk mencuci tekak. Tadi masa skodeng2 kat belakang rumah, ada pulak sebiji betik mengkal. Tau betik mengkal tu macam mana?..Mengkal tu dalam keadaan tak muda, tak ranum sangat. Kiranya masih keras tapi isi sudah kemerahan. Paling mudah bikin bening, paling rumit sikit, di buat somtam. Lada hitam bahan utama, sebab dikatakan betik ni sejuk, jadi bila taruk lada hitam, ia jadi hangat dan seimbang. Pstt..elok juga untuk buang angin...ehemm...Cara memasak dia senang sangat, campak2 aje...biar mendidih hingga betik lembut, ok, siap, dan boleh makan....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal saiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas betik, kemudian belah 8. Buang bijinya, dan hiris serong sederhana tebal. Masukkan ke dalam periuk bersama2 bawang putih, bawang merah, ikan bilis, kiub ikan bilis (jika guna) dan air secukupnya (hingga betik tenggelam).
  2. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masak hingga betik lembut. Masukkan lada hitam, daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, telur dadar, ikan goreng dan sambal belacan.

5 comments:

Diana Rashid said...

kalau kat perak orang panggil masak manis ..lebih kurang gitu lah namanya..heheh.tak ingat pulak.

eMMe said...

Salam. Mcm menarik je masak betik bening ni, betik angin tak?kalo dijadikan menu dalam pantang?

Anil Wanina said...

ada betik kat umah ni.. bole buat balik ni.. ^_^

Siti Rohaida Yusof said...

nilah yang dok diidamkan masa tengah preggy ni..cuma nak cari betik tu tak berkesempatan pulak...

Sis Lin said...

Huhuhu tetiba teringat kat Mak aku la .... :(

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.