BEN ASHAARI

Thursday, December 4, 2014

PAPRIK AYAM, ITU SAJA .....

rsz_1ciken_paprik

Assalammualaikum, salam Khamis...Hmmm, macam2 cerita sekarang ni, nak2 pasal tahun 2015 yang bakal muncul tak lama lagi, terutamanya dari segi harga2 barang dan keperluan, hmm..mengeluh pun tiada guna, suka tak suka kita terpaksa hadapi juga....moga Allah swt melimpahkan rahmat dan rezeki pada kita semua...aminn. Bercerita pasal entri hari ini, entah macam mana semalam che mat mengidam ayam paprik (tak sudah2 mengidam..haishh). Maka ku korek segala khazanah dari peti sejuk, alhamdulillah ada sekeping dada ayam, tomato dan bahan2 lain, cuma bunga kobis takde, takpe kita ganti dengan cendawan. Kacang panjang tu petik aje kat pagar belakang rumah, bonda che mat ada tanam..dahh jimat..ehemmm...

rsz_ciken_paprik1

Paprik ni masakan berasal dari Thai dan boleh dikatakan popular di Malaysia, terutama kawasan2 yang bersempadan dengan Negara Thai. Che mat suka paprik yang pedas sedikit dan ada rasa masam2 (che mat tambah sedikit perahan jus limau kasturi). Tapi yang ni optional, tak suka tak perlu letak, lagi pun dah ada sos tomato dalam resipi ini. Sedap dimakan bersama nasi panas, lepas tu kan, topup pulak dengan telur dadar, cukup dah. Oh, yea terlupa pulak nak kasi tau. Kalau takmo guna dada ayam, anda boleh guna peha. Jika ada kelapangan waktu, boleh lah cuba untuk hidangan keluarga anda....Jomm kita masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam, dihiris
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi thai, jenis merah, diketuk
5 biji cili padi thai, jenis hijau, diketuk
5 biji bawang merah kecil. hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
3 tangkai kacang panjang, kerat pendek
1/2 batang lobak merah, potong seperti anak mancis
6 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap 1
10 biji tomato ceri
1 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili JALEN
1 camca besar sos tomato JALEN
1 camca besar sos tiram JALEN
1 camca besar gula
1 camca besar sos ikan
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar). Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan masukkan ayam. Gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau dan masukkan cili padi (merah dan hijau), lobak merah. Masak hingga lobak merah lembut. Tambah cendawan, kacang panjang dan gaul rata. Masukkan daun limau purut, tambah gula dan sos ikan. Kacau dan masak sekejap.
  3. Akhir sekali tuang jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika kurang masin, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan telur dadar, jika suka.

2 comments:

Hamidi SP said...

Simple dan sedap..:D

IeRA said...

SAlam singgah..

Jika sudi, follow blog saya ye...tq

http://teratakcassia.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.