SANDWICH SAMBAL TUMIS PETAI?...

rsz_petai_sambal

Assalammualaikum, salam Ahad. Hari ni che mat akan berada diluar kawasan. Dan entri ni seperti biasa, telah ku tulis malam tadi..ehemm...haippp, bukan entri kopipes orang lain yea, tolong lah ai bukan itu macam punya orang, tapi ni menu che mat bikin semalam ok. Kadang2 bila entri simple2 macam ni, sambutan dia kus semangat, menggalakkan sungguh. Kalau entri masakan yang rumit sedikit, orang setakat 'hmmm' aje, sebabnya ia nampak sukar dan bahan2 banyak. Tapi sebenarnya tidaklah susah mana. Sambal tumis petai susah tak?...Mesti tak kan, boleh masak kan?..ok, sini che mat nak kasi tau, anda kena gak tau tak sikit banyak hal2 dapur, terutama masakan yang mudah tapi sering mendapat sambutan, contohnya sambal tumis petai..

rsz_petai_sambal1

Manalah tau suami atau pak, mak mertua anda penggemar sambal tumis petai. Dan kebetulan anda boleh pulak masak, hadoii, bakal jadi isteri dan menantu kesayangan leeer jawabnya. Betul ni, bukan cakap borak2 yea. Jadi mana2 yang tak pernah bikin sambal tumis petai, boleh cuba nanti. Selain ikan bilis, anda boleh guna udang, sotong, kerang dan kupang. Ikut selera masing2. Dan sambal tumis petai kali ni che mat jadikan inti sandwich, alaaah nak pelik apa, kan kita yang buat dan kita yang makan, toksah nak hirau sangat dengan apa kata2 orang. Dia belom rasa, memang macam aneh aje, cuba test try, silap2 tak cukup satu...ok jomm kita bikin sambal tumis petai...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
3 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 senduk nasi penuh cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci hirisan halia
1 inci belacan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Roti sandwich secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau rata.
  2. Tuang air, kacau dan masukkan petai, masak sekejap, tambah ikan bilis dan bawang besar. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (atau secukup rasa). Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SANDWICH SAMBAL PETAI :- Sediakan roti sandwich secukupnya, bakar sekejap hingga keperangan. Sudukan sambal secukupnya dan hias dengan hirisan timun dan hirisan tomato. Kemudian potong dia (bebentuk 3 segi). Hidangkan segera.

Post a Comment

9 Comments

  1. kecur ailiooo..
    ni Kak Sari selalu buat.. lepas masak sambal tumis petai.. tak tahan kan tengok sambal, so buat2 lah.. kepit ngan roti.. makan tepi sinki.. keh keh keh

    ReplyDelete
  2. selalu aku kan bammat, sambal tumis petai ni cicah dengan roti, atau kutip petai tu makan macam kacang... kikiki...

    sandwith sambal petai?? why notttttt.... sedap hokeyyyy

    ReplyDelete
  3. Bak kata Ben Ashaari petai makan dengan apapun sedap.. meleleh jer tgk sandwich tu

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap giler ni PCM. !! Jadi lapar pulak.

    ReplyDelete
  5. Assalam Mat.

    Aku sampai terjojolkan mata aku nengok gambo dan baca tajuk ko harini..biaq betik sandwich makan dengan sambal petai?? erkkkk tapi ok juga kan..nasib baik aku suke petai, jadi kira bedal jeee apa2 yang pelik punnn hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Salam

    che mat ada sahabat mohon saya sampaikan hajat beliau nk exchange bloglist ini blog dia

    http://www.jiwarosak.com/

    tapi x pasti la dia dah masukan blog che mat dlm blog list dia TQ

    ReplyDelete
  7. telan liur nengokkannya! huhuhu dap nya!!!

    ReplyDelete
  8. buat minum petang memang sesuai sangat ni..pekena dengan teh panas...memang best... :D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.