BEN ASHAARI

Tuesday, June 10, 2014

TERUNG MASAK KICAP...

rsz_terung_masak_kicap
Assalammualaikum, salam Selasa. Untuk entri hari ini che mat hanya mampu kongsikan bersama anda resipi terung masak kicap. Nampak mudah dan senang, tapi memang ia mudah dan senang disediakan. Namun begitu masih ada yang tak pernah menikmati masakan terung gaya begini. Seingat che mat, sejak arwah tok ada dulu, memang ini antara menu kegemaran beliau, selain taugeh dan tauhu masak kicap. Bonda pun suka menu macam ni, makan sama nasi panas atau bubur, hmmm, sedappp... Satu lagi kalau nak terung masak kicap agak gelap tapi tidak masin, gunakan kicap pekat, kalau che mat pilihan kicap pekat dah tentu lah JALEN, dia tidak masin, cuma warnanya gelap dan pekat. Lepas tu untuk rasa masin, anda tambah pulak kicap lemak manis JALEN..bertambah2 enak. Kalau suka pedas, boleh ketukkan 4-5 biji cili padi. Che mat guna hirisan cili hijau dan merah saja. Nampak seakan2 masakan 'tempra' orang2 peranakan, tapi masak kicap yang ini tak menggunakan cuka. Sesiapa yang ingin mencuba, che mat kongsikan resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu, saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 5 minit dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap pekat JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buang sedikit kulit terung, kemudian hiris sederhana tebal. Rendam dalam air bergaram 5 minit dan toskan. Panaskan 5 camca besar minyak masak, goreng ikan bilis hingga garing, tolak ke tepi kuali, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Kacau rata.
  3. Bila mendidih, masukkan terung dan gaul rata. Masak dengan api sederhana hingga terung lembut dan kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidang..Sedap dimakan bersama nasi panas dan bubur nasi...



1 comment:

mrs kayrul said...

lauk simple yg boleh buat makan bertambah2

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.