BEN ASHAARI

Friday, June 20, 2014

JANTUNG PISANG TUMIS SAMA UDANG..

rsz_jantung_pusang_goreng_taucho
Assalammualaikum, salam semua. Petang sikit baru dapat bersiaran. Entri kali ni che mat nak berkongsi satu resipi yang mungkin anda biasa buat atau pun tak biasa buat. Jantung pisang tumis sama udang ini pertama kali che mat makan di rumah mak usu che mat di Pontian. Resipi ini che mat guna sebiji jantung pisang nipah. Pisang nipah jantungnya bersaiz besar, dan sebiji sudah memadai. Satu petua yang che mat gunakan, jangan hiris jantung pisang terlalu awal, nanti cepat lebam. Hiris ketika ia hendak dimasukkan ke dalam kuali yang rencahnya sudah kita masak dahulu. Tak perlu rebus dulu ke?...Tak perlu rebus, dan in sha Allah ia tak menjejaskan rasa. Kalau anda suka pedas boleh taruk cili padi. Che mat tambahkan juga sedikit taucho sebagai pemangkin, yang atas pilihan anda, tak nak pun takpe. Kalau anda nak cuba, che mat tuliskan resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah. buang kulit luar hingga jumpa bahagian yang cerah, rendam
12 ekor udang saiz besar, dibuang kulitnya dan dibersihkan
1 camca besar tauco
1 camca teh sos tiram
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
1/4 cawan air
1 biji bawang besar hiris

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum. Masukkan tauco dan sos tiram. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah udang, kacau dan masak hingga udang berubag warna. 
  2. Masukkan bawang besar yang dihiris dan air. Biar mendidih, sementara itu toskan jantung pisang. Belah 2, kemudian belah 2 lagi. Hiris serong setiap belahan, hiris sederhana kasar. Masukkan ke dalam kuali, gaul rata dan masak dengan api sederhana.
  3. Masak hingga jantung pisang lembut. Masukkan secubit gula dan sedikit garam jika perlu (rasa dahulu sebelum anda tambah garam). Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.