MI LAKSA SUP AYAM...

rsz_sup_mi_ehem

Assalammualaikum, salam semua. Rasa tak kuasa nak update blog hari ni. Tapi ada juga yang bertanya che mat, hari ni takde entri ke?...Hmmm, baik lah, sebab ditanya, maka che mat buat lah entri baru. Tapi bukan masakan yang hebat yea, cuma menu berbuka puasa untuk bonda tadi. Hari memang che mat tak masak. Pagi tadi che mat goreng nasi saja. Lagi pun kalau che mat masak, akhirnya Bak makan saing mak yah bukak puasa. Jadi baik masak petang aje. Yang sarapan kita buat yang agak berat sikit, maka boleh lah bertahan. Bak pun tak cerewet sangat makan, janji ada ikan masin, alhamdulillah setakat ini Bak hanya ada gaot dan tiada masalah kencing manis atau darah tinggi. Tapikan gaot pun boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang kalau tak diberi perhatian serius, sebab kandungan uric acid agak tinggi dalam badan...bahaya kan..huhu...Tapi che mat serius rasa nak mengalir air mata bila baca entri ini...huhu...

rsz_sup_mi_ehem1
Dari dulu, bonda suka makan sup ayam bersama mi laksa. Ini terpulang, pendek kata makan dengan apa jua seusuai, mi kuning, kue teow, mi hoon, spaghetti, pasta, roti, nasi, ketupat atau dimakan begitu sahaja. Biasanya kentang adalah gandingan paling kamcheng kalau kita masak sup ayam, atau sup daging. Satu lagi di Johor, kalau makan mi sup, soto waimah goreng pisang dan segala2 benda yang boleh digoreng, sambal kicap paling perlu, senang cakap pendamping setia, kira kalau takde sambal kicap cacat hidanga mi sup anda. Disebabkan ayam ni jenis ayam kampung dan berusia 'kilauan emas', maka che mat masak dalam periuk tekanan atau pressure cooker. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji ketang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap 1 dan rendam
1 sup bunjut tulang ADABI
1 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
6 kuntum bunga cengkih*
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup (optional)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Mi laksa secukupnya (direndam dan  rebus hingga mi laksa lembut)
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Masukkan bahan2 bertanda (*), dan bahan2 kisar halus. Masak hingga wangi. Tambah ayam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan 1 camca besar bawang goreng, daun sup yang dikerat kasar, sup bunjut dan juga lada hitam tumbuk. Kacau dan masak hingga ayam 1/2 empuk. Masukkan kentang (toskan), dan terus memasak hingga ayam dan kentang empuk. Masukkan garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK MI LAKSA SUP AYAM :- Masukkan mi laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang sup ayam bersama isi2nya secukupnya. Hias dengan hirisan daun sup, daun bawang, taugeh, bawang goreng dan taugeh. Tuang sambal kicap bila hendak dihidangkan. Sedap dimakan panas.

Post a Comment

3 Comments

  1. Tak pernah try makan menu ni. Leh try kot nanti. Mat, laksa tu, laksa kering eh? Naper Mat tak gunakan laksa basah yang dalam peket tu? Ma memang tak pernah beli laksa kering mahupun yang basah sebab tak pernah buat laksa... tu yang tanya tu...

    ReplyDelete
  2. tak pernah lg try mkn laksa dgn sup. kono torai ni ;)

    ReplyDelete
  3. tumpang tnya hidangan ini utk berapa org makan yee???

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.