PUCUK LABU MASAK LEMAK PUTIH..

rsz_pucuk_labu_masak_lemak
Hari ni che mat masak pucuk labu masak lemak putih. Pernah makan pucuk labu?. Kalau di kampung2, masa kita masak labu, biji labu campakkan aje kat tanah (rumah kampung kan tanah luas). Nanti akan tumbuh pokok labu...dalam jangka masa 5 - 6 minggu pokok labu mula membesar dan bercabang2. Kalau nasib baik kita akan dapat labu, tapi kalau takde, pucuk dia boleh kita petik dan masak lemak putih, atau dicampur dalam sambal tempoyak daun kayu. Selalunya pucuk labu akan digentel sebelum dimasak, ini kerana daun labu sedikit kasar dan berbulu. Bila dah gentel dia akan jadi lembut dan cepat dimasak. Ini boleh dikategorikan resipi tradisi dan mudah dimasak. Ikan masin dan sambal belacan menjadi gandingan utama jika anda masak lemak. Pucuk labu yang che mat masak ni, bonda petik belakang rumah, kurang lebih dalam satu cekak orang dewasa...resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk labu
1 camca besar penuh udang kering, direndam sekejap
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah saiz kecil, hiris
600 ml santan cair
350 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Pucuk labu disiang dan digentel, bahagian batang yang lembut juga diambil dan jika ada putik labu atau bunga labu, juga diambil. Cuci dan toskan. Udang kering ditoskan, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan..
  2. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk. Kacau dan masak hingga mendidih. Masuk pucuk labu, gaul rata dan tambah cili merah hiris. Bila pucuk labu lembut, tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng dan nasi putih...

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam..sedap sangat pucuk labu masak lemak ni..masa saya duduk di Sarawak dulu memang pernah makan..petik saja di tepi sungai..banyak menjalar..

    sebelum ke Sarawak memang tak pernah terfikir pun boleh dimakan pucuk labu ni..tapi bila dah cuba sekali, sedap rupanya..saya buat masak lemak kuning campur ikan bilis..

    ReplyDelete
  2. sedapnya...kena sgt pula makan dgn ikan masin...pucuk labu nie banyak jual di cameron highland..

    ReplyDelete
  3. dh lma sya x mkn pucuk labu ni che mat..dlu msa kecik2..mak slalu masak..mmg sdp sgt la bila dgandingkn dgn ikn masin n smbl blacan..ala..trus kecur..

    ReplyDelete
  4. alamak..yang ini pun sedap..fevret ayah saya..bila dia request mama buat dia akan cari pucuk labu n ubi keledek n daun kunyit..pastu dia cakap kat mama..sayur lemak lg sedap dr masak air je..hihihi kami tumpang sekaki..

    Tips Atasi Kolesterol

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.