BEN ASHAARI

Wednesday, April 30, 2014

PARU GORENG BERLADO....

rsz_paru_goreng_berlado_limau_purut
Paru goreng berlado antara hidangan kegemaran che mat sejak dulu lagi, tapi tidaklah menghadapnya hari2, cuma sekali sekala. Untuk sedikit kelainan, che mat masukkan daun limau purut. Resipi memang mudah dan asal2nya masakan macam ni banyak terdapat di restoran2 orang Minang. Paru perlu direbus hingga lembut (kurang lebih 1 jam), toskan dan biar sejuk. Kemudian hiris. Ia agak ringan dan 'melampung', jadi lepas digoreng, ia akan kelihatan sedikit. Che mat guna kurang lebih 600 gram untuk resipi ini. Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak. Kalau makan macam tu pun sedap juga. Kalau dicucuk dengan lidi sate, dah serupa sate. Sambalnya sedikit manis, tapi ini semua bergantung pada selera anda. Satu lagi, sambalnya memang kelihatan macam tu, nampak kasar2 dan rustic. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram paru lembu, cuci dan toskan*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia, hiris nipis*
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
8 biji cili merah
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
3 helai daun limau purut
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus paru bersama bahan bertanda (*), selama kurang lebih 1 jam. Tos dan sejukkan. Kemudian hiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit dan 1 camca teh garam. Gaul rata dan goreng hingga perang, angkat dan toskan.
  2. Dalam alat pengisar (blender), masukkan bawang putih dan buah keras, kisar hingga halus. Masukkan cili merah dan bawang merah kecil. Kisar sekejap2 (guna butang 'pulse') hingga lada dan bawang hancur tapi tidak terlalu lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar), masukkan bahan2 kisar tadi dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah daun limau purut, perasakan dengan garam secukupnya (jangan terlalu banyak, sebab paru gorang tadi dah digaul dengan garam). Tambah gula dan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan paru goreng, gaul rata2 dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak.


5 comments:

sya mokthar said...

oh my...che mat!
i was reading this pukul 1230pm td..
tepat je lunch time, terus serbu kedai faveret saya di seberang ofis.
Hajat di hati nak beli paru goreng berlado ni la..
tapi...apakan daya...kemounan je lah..sebab kedai tu tutup pulak..
dok telan ayo liyo depan pc pun jadi le..

*meratap nasib x dapat makan paru berlado...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. baru minggu lepas dapat makan paru berempah. fuhh memang nak cuba buat sendiri.. suami suka dapat makan paru.. kenyal2 gitu makan dengan nasi putih memang terliur dibuatnya ~~~

Kakzakie said...

Kakak memang suka paru goreng cili macam ini. Selalu kakak beli kat pasar malam aje...

cenetos said...

sedapnye..teringat paru goreng berempah kt pasar malam miri..beli je sbb encik hubby x suka makan paru..sobs sobs.;D

http://cenetos.blogspot.com

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang sedap paru buat masak berlada macam ini.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.