BEN ASHAARI

Wednesday, February 12, 2014

TERRINGKAS, TERMUDAH, BENDI GORENG TELUR..

rsz_bendi_goreng_telur
Salam semua. Satu masalah che mat yang selalu bonda komen, kalau membeli tu terikut2 perasaan, contohnya kalau nampak sayur2an segar, rasa macam kena sawan sayur, semua nak beli, semua nak belek, tu yang jadi lama, akhirnya bukan tak beli, tapi aku beli jugak, hangkutt selagi ada..errrr...huhu. Contohnya bendi yang che mat masak hari ni, plan asal nak masukkan dalam lauk asam pedas ikan pari, tapi sebab dah letak nenas, kenalah kensel letak bendi. Ok, takpe, kita goreng dengan telur, macam biasa che mat dan anda2 pun sudah tentu biasa buat. Ada juga yang pernah tanya che mat, macam mana nak elakkan bendi tu jadi berlendir masa goreng. Hmmm, che mat sebenarnya takde lah apa2 petua, cuma goreng macam biasa. Cuci dan toskan hingga kering, baru dihiris. Masa goreng guna api kecil hingga bendi lembut dan kalau perlu letak air, jangan letak banyak, letak sikit untuk melembutkan bendi tadi....Resipi ini che mat tujukan pada mereka2 yang baru nak ke dapur. Kalau yang dah lebih berpengalaman tu diam2 duduk sudah lah, atau anda nak share petua memasak bendi, boleh tinggalka di ruang komen...ok...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji bendi saiz kontot, cuci dan toskan
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca teh sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air, jika perlu (anggaran 1 - 2 camca besar)
Sedikit hirisan cili merah, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Hiris serong bendi, kemudian ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 - 3 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos tiram dan kacau rata (boleh tambah sedikit air jika perlu).
  2. Masukkan bendi yang telah dihiris, tambah garam secukup rasa dan masak hingga benda lembut. Tuang telur disekeliling bendi tadi. Biar sekejap hingga kelihatan pekat dan gaul rata2 bersama bendi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah sebelum dihidangkan panas bersama nasi...Senang sangat...yea tak...ehemm..

8 comments:

RDZ Z said...

Wah bestnya..bendi kesukaan ni..makan mentah aje pun ok!!!

tifa anvar said...

goreng cara ni bendi tak berlendir kan?

hello beauty said...

As slm che mat,nk tnya klau gnti bendi ngan kacang pnjg/buncis sesuai x?tq :)

Maria Jaberi said...

>hello beauty, boleh..arwah mak saya dulu slalu buat macam ni guna kacang panjang/buncis...cuma tambah serbuk kari sikit....

che mat buat kite mengenang kembali arwah mak...kalau dah masak macam ni,pun dah cukup untuk lauk..nasi panas,taruk kicap lemak manis... pas ni cari bendi nak buat macam ni

Petak Bunga said...

salam che mat. sori lari topik..
since che mat popolur..apa kata che mat promote masak healty food. tak banyk lah resipi kita yg sihat2.. kurang minyak, kurang lemak.. sedap makan gini..sihat pun sihat.

N.A.T said...

apa je lah mat masak ni .. semua nampak sedap!

musztaqeem said...

Salam che mat saya goreng dgn asam keping utk hilang lendir.....

BaTiK_PiNk said...

Saya cuba resepi ni hari ni untuk menu berbuka....terima kasih atas perkongsian.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.