BEN ASHAARI

Friday, February 7, 2014

SINGGANG IKAN UNTUK LEPAS GIAN...

rsz_singgang_ikannnns
Salam Jumaat. Hari ni che mat nak melepas gian. Jemu dah makan yang bertumis2, jadi tadi untuk makan tengah hari, che mat kasi singgang ikan...singgang rebus aje. Lepas tu lambakkan cili padi dalam 12 biji, tuu diaa, memang selera ok, siap hirup2 lagi. Cili padi tu che mat biarkan sebiji2, kalau nak pedas, lenyek2kan masa nak makan. Kali ni guna ikan Japanese Mackerel, ia macam ikan kembon tapi bersaiz besar sedikit dan panjang. Ikan kembong biasa pun boleh digunakan, atau ikan tongkol. Resipi amat2 mudah, dan che mat rasa sesuai juga untuk orang2 yang dalam pantang. Kalau nak hangat, anda boleh ganti cili padi dengan lada hitam yang ditumbuk. Selalunya singgang, che mat suka masam2 sedikit. Ok kalau anda nak cuba masak singgang ikan, che mat tuliskan resipi...Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan 'japanese mackerel' atau ikan pilihan anda
1 batang serai, diketuk
1 inci halia, diketuk
3/4 inci kunyit hidup, tumbuk hancur
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar saiz kecil, hiris
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis
10 - 12 biji cili padi kampung
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat pada beberapa bahagian, cuci bersih dan toskan. Tuang air ke dalam periuk secukupnya (anggaran 1 liter), masukkan serai, halia, kunyit hidup, bawang putih, bawang besar dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan kiub pati ikan bilis. Kacau perlahan. Tambah cili padi, perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi putih.

6 comments:

Tengku Damia said...

Sedapnya Che Mat.Tapi kalau singgang versi Terengganu tak letak halia tapi letak lengkuas.Terliur tgk ni : )

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedap makan ikan singgan ni.

haniza niza said...

SEDAP3...

Cik Nor said...

walaupun singgang je, tapi asalkan dari che mat ianya tetap menawan hati

Puteri said...

dap, dap... makan dengan nasi panas laju jer ni...

Dayana Zahari said...

Dah cuba! Sedap :) Alhamdulillah

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.