BEN ASHAARI

Monday, December 16, 2013

SAMBAL TUMIS IKAN PARI MASIN..

rsz_sambal_ikan_pari_masin
Salam semua, hari ni che mat masak sambal tumis ikan masin pari. Duduk2 di meja sambil bersarapan sama bonda, bila berborak, macam2 hal kami ceritakan dan bila bab, nak masak apa, mulalah masing blurr, tatau dah apa nak masak. Dua hari lepas bonda ada sebut ikan pari masin sedap kalau dibuat sambal tumis. Ok, sett....jomm kita buat sambal tumis ikan pari masin. Buat dia senang aje, yang penting ikan pari masin harus ada. Cuci dan rendam untuk mengurangkan rasa masinnya, rendam kurang lebih 1 jam. Kemudian bilas bersih. Ikan pari masin anda boleh beli dipasar2 malam, kedai runcit atau dipasar2 raya besar. Che mat beli di pasaraya Econsave. Anda perlu goreng terlebih dahulu ikan tadi sebelum dimasak sambal tumis, tak perlu goreng sampai garing. Sedap dimakan bersama nasi panas atau boleh cicah lempeng....Kalau nak mencuba, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram ikan pari masin cuci dan rendam selama 1 jam
1 biji bawang besar, hiris berangkai
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa jika suka

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari ditoskan, jika saiz besar, anda potong pada saiz sederhana. Kemudian goreng hingga perang, tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tambah ikan pari masin yang telah digoreng tadi dan juga bawang besar. Tambah garam secukup rasa, gula dan serbuk perasa, jika guna. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.


3 comments:

umishas said...

dapnyeee..lapo tgok..waaaaa

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mak mertua akak pun suka buat sambal ikan pari masin. tp dia tak guna cili kering... dia suka guna cili padi.. mmg selera mkn dibuatnya.

ahdaus said...

Salam ...tumpang...kalu sesiapa nak try sambal strawberry ikan masin bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com.nyum². 100% produk bumiputera muslim TQ

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.