BEN ASHAARI

Tuesday, December 3, 2013

IKAN SIAKAP MASAM MANIS ALA THAI..

rsz_siakap_sweet_sour_ala_thai
Assalammualaikum, salam Selasa. Cuaca tempat anda macam mana?...Hmm, hari ni che mat kena cuci kembali baju yang tak berjemur semalam, sebab dah 'basi'...takpelah mesin yang cuci yea tak..Plan masak apa hari ni?...Bila sampai masa nak memasak, ada kala pening juga kepala, buntu. Apa kata hari ni masak ikan siakap masam manis ala Thai macam yang che mat masak ni....errrr yang ni masak semalam sebenarnya, tapi atas kekangan masa, che mat letak untuk entri hari ini. Kalau anda tak gemar ikan siakap, itu tak jadi masalah, anda boleh tukar ikan lain yang anda gemar, ikan merah pun sedap, tapi guna ikan merah yang saiz sederhana...

rsz_siakap_sweet_sour_ala_thai1
Sebab penduduk rumah che mat tak ramai, saiz ikan yang che mat masak pun sederhana saja, atau boleh dikatakan kecil. Sebenarnya che mat nak letak nenas dalam resipi ni, tapi nenas habis pulak. Kalau anda buat dan nak letak nenas pun boleh, toksah letak banyak sangat, dalam 1/3 cawan nenas yang didadu kecil sudah cukup, kalau dapat pilih nenas yang manis. Kalau suka pedas boleh titikkan 2-3 biji cili padi. Tips untuk anda menyediakan hidangan sebegini dengan lebih cepat, ialah anda siapkan sosnya dulu. Kemudian anda goreng ikan hingga garing dan curah sosnya. Satu lagi ia sedap dimakan segera...boleh buat kan?..alaa memang tak susah...meh sini che mat kasi resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
2 camca besar tepung jagung*
Sedikit garam*
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
3 camca besar sos cili Thai
1 camca besar cili kisar
Sos ikan dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan siakap dibuang sisiknya, disiang dan cuci bersih. Perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit. Cuci hingga bersih dan ketepikan. Lap ikan tadi dengan tissue dapur hingga kering, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung rata2. Kemudian goreng ikan tadi hingga masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum, masukkan serai titik dan cili kisar, tumis hingga cili garing. Masukkan  sos cili Thai, kacau dan masak sekejap. Masukkan air dan biar mendidih.
  3. Tambah cili merah, cili hijau dan jus limau kasturi. Perasakan dengan sos ikan secukupnya, dan sedikit gula jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah kuah masam manis atas ikan dan tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera..

11 comments:

CTNurza 2013® said...

Salam CMG...wah, bestnya masakan ujan2 ni kan...berselera tengok walaupun tak pernah berkomen kat sini...:)

Mat Gebu said...

@CTNurza - terima kasih sudi tinggalkan komen.. ^__^

haidie said...

salam..CMG..lapau tengok lauk ni..saya da buat roti jala resepi Che Mat..memg sedap..cik abang makan x ingat orang rumah dah ;)

Salmiah Othman said...

dah lunch tadi..tapi nengok gambo2 nie...lapo lagi la plak..haha..

Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

Kjee said...

Hah Che Mat... lenkali bubuh gambar banyak2 sikit. baru puas menatap. Hehehe

Farid NZ said...

Thanks for sharing this recipe... menarik...

adda syuhada said...

sedapnya...

hanani fiee said...

esok nk buatla.terliur tgk.hehe..trma ksh resepi che mat^^

mqaizerm said...

Nk tnye sos ikan tu ape?

mqaizerm said...

Nk tnye sos ikan tu ape?

Ziela Razali said...

Nampak sedap.. Terliur la pulakkk..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.