BEN ASHAARI

Sunday, December 1, 2013

GULAI UDANG SAMA TIMUN UNTUK TETAMU HARI INI....

rsz_gulai_udang_sama_timun1
Assalammualaikum, salam Ahad....Hari ni che mat menerima kunjungan tetamu yang juga geng masak, Kak Intan Kamariah, che mat kenal lama dah dengan Kak Intan, sejak zaman kami aktif di MyResipi lagi. Dan entri hari ini che mat letak salah satu menu yang dimasak untuk sajian mereka. Kebetulan tu hari che mat ada beli udang kaki merah bersaiz agak bersar dan kebiasaannya Bak suka kalau dimasak gulai sama timun. Maka hari ni disamping untuk tetamu, boleh juga Bak makan (sekali2 bila gout dia ok..kalau tak..hmm kena lah pantang). Biasanya di Johor, memang kami akan letak samada timun, atau belimbing buluh. Tapi kalau letak nenas pun sedap, nak2 nenas Sarawak yang manis bersari. Kuah gulai udang selain sedap dimakan bersama nasim ia juga boleh dicicah  roti, lempeng atau pun cekodok..Terpulang pada cara anda mempelbagaikannya...Ok jomm kita lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang kaki merah bersaiz besar
2 biji timun
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah (nak pedas anda boleh tambah cili padi)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
Secubit belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecilnya dan buang juga kotoran dibahagian kepala udang. Cuci dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 2 setiap sebiji, kemudian belah 4 setiap keratan. Buang bahagian empulurnya, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan udang, serai titik dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan timun dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tamba daun kunyit dan masak hingga timun lembut, gunakan api kecil dan kacau selalu untuk mengelakkan pecah santan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, dan lauk2 lain.


2 comments:

nyanyisunyi said...

Sedapnya..dah beberapa minggu tak beli udang sebab mahal sangat..

MamaFaMi said...

Salaam Mat...

Kalau mama gantikan udang dengan ketam, boleh tak? Tadi baru beli ketam setelah berkurun lama tak beli. Hehehe...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.