BEN ASHAARI

Wednesday, December 18, 2013

BEBOLA UBI GETUK...

rsz_bebola_ubi_getok
Salam semua, kalau di Johor, benda yang che mat bikin ni boleh dikatakan agar femes jugak, sebagai cemilan untuk minum petang mau pun sarapan pagi, cicah sama sambal kicap, mungkin tempat anda pun sama juga, sapa tau yea tak. Ubi getuk makanan orang jawa dan ia amat mudah disediakan. Di kampung2, ia menjadi sajian tak kala hujan. Dulu belum ada lagi ubi getuk yang dibuat bentuk bebola dan digoreng celop tepung macam ni, tapi seingat che mat lah kalau tak silap, awal tahun 90-an ia menjadi popular dan mula dijual sekitar pasar lambak, pasar malam dan juga peniaga2 samada di warung ataupun di kawasan2 reakrasi. Memandangkan stok ubi kat rumah che mat masih ada, dan bonda pagi tadi dah buat getuk. Dan bila petang che mat pun buat lah kerja2 tak senonoh kat dapur...makan dengan rasa tak bersalahnya, jadi lah bebola ubi getuk...Resipi che mat main agak2 aje ok, pandai2 lah nak adjust mana yang perlu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ubi kayu (kurang lebih), kupas, cuci dan kerat kecil
1 1/3 cawan kelapa parut putih (kelapa berkulit basah)
1 camca besar gula halus
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TEPUNG :-)
1 1/2 cawan tepung beras
1 biji telur
3/4 cawan air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Beberapa titik pewarna kuning telur

BAHAN-BAHAN SAMBAL KICAP :-)
25 biji cili padi kampung
2 ulas bawang putih
1 camca teh gula
Kicap lemak manis JALEN secukupnya (anggaran 1/3 cawan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK UBI GETUK :- Ubi direbus (letak sedikit garam) hingga empuk. Toskan kemudian dimasak sekejap hingga airnya kering. Alih ubi rebus kedalam besen atau bekas besar (nak senang guna aje periuk yang anda rebus ubi tadi). Masukkan kelapa, garam secukup rasa dan gula halus. Kemudian tumbuk hingga lumat ubi tadi menggunakan anak lesung batu, sambil dikacau2 agar rata. Tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
  2. UNTUK ADUNAN TEPUNG :- Masukkan tepung beras ke dalam bekas, tambah telur dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin dan tidak berbintil2. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa dan pewarna makanan kuning telur. Kacau rata2 dan ketepikan.
  3. UNTUK BEBOLA UBI GETUK :- Cedok 1 camca besar ubi getuk, kemudian bulat2kan seperti bebola, kalau nak senang anda guna scoop aiskrim bersaiz sederhana. Buat hingga siap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celop bebola ubi getuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng seperti anda menggoreng pisang. Guna api sederhana dan balik2kan bebola ubi agar masak sekata. Bila kelihatan keemasan, angkat dan toskan. Hidang bersama sambal kicap..
  4. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk cili padi hingga lumat, tambah bawang putih dan gula, tumbuk hingga bawang putih hncur. Masukkan kicap, kacau rata dan boleh hidangkan bersama bebola ubi getuk (ada juga yang goreng cili dan bawang putih sebelum ditumbuk, yang ni terpulang pada anda).....Selamat mencuba!!..


8 comments:

Cik Nor said...

ooh ohh tak tahan melihatnya...

Raudzah Z said...

Dulu kita selalu makan ni waktu petang..memang best..sekarang dia orang dah tak jual..

Nor Azlina said...

Nak try la.. kat sini musim hujan. buat menu petang,cnfirm terangkat nie

JOM SINGGAH BLOG saya ... http://nurimanqhaisara.blogspot.com/

Zamani Abe said...

suka kuih ni, tk pnh cuba lg cecah kicap pedas tu :)

my name is ivana said...

Salam,
Dulu kalau arwah nenek rebus ubi, mesti ada cucu dia merayu2 kat nenek yg dia nak makan ubi getuk. Dengan kasih sayang, nenek mesti akan tumbuk ubi2 tu.. Rindunya waktu tu.... :(

Saya lah cucu yg mengda2 nak ubi getuk tu..

Cik Wan said...

Cantiknyaa...boolat betul...kesukaan saya ni CM, selalu beli kat pasar je...terima kasih atas resepi, nanti nak buat hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

love so much ubi getuk ni mat.. tp akak tak pernah cicah dgn sambal kicap sbb kalau buat ubi getuk.. bg ada rasa manis2 buah sikit.. mkn mcm tu pun dah sedap..

Seri Selaseh said...

sedap sgt... tapi rasanya makan xde bercicah. Tapi mmg sedap dimakan panas. Kopi atau teh-o panas jadi compliment yg sgt sesuai.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.