BEN ASHAARI

Friday, November 22, 2013

RESIPI KUE TEOW HAILAM PALING MUDAH...

rsz_kue_teow_hailam_ringkas
Petang semua, assalammualaikum. Hari ni che mat tak masak sangat, tadi kat FB dan IG, adalah juga post gambar telur dadar. Yang tu tak perlu buat entri blog lah kan, benda senang sangat nak buat. Dan che mat sebenarnya ada gak masak kue teow hailam. Serius resipi yang akan anda lihat nanti amat senang dibuat dan bahan2 dia pun tidak lah banyak. Kue teow ini sebenarnya baki dari kue teow dulu tu, kan macam pernah che mat cerita, kat rumah yang suka makan kue teow tak ramai, Bak agak kurang gemar, tapi che mat suka. Tu yang kalau masak cuma masak sekadar yang perlu sahaja. Bakinya simpan dalam freezer, kalau nak guna panaskan dalam microwave dan boleh guna untuk digoreng atau masak ikut resipi kegemaran anda...

rsz_kue_teow_hailam_ringkas1

Nampak macam bess tak?...macam bess kan..kan...takkan lah tak bess, yea tak, dah tentu che mat yang masak. Kue teow hailam sedap dimakan panas, sebab kalau dah sejuk kue teow akan kembang dan agak kurang sedikit, tapi masih ok. Che mat hidangkan juga dengan cili hijau jeruk dan kalau anda nak buat sendiri, boleh rujuk resipi di sini. Hidangan yang anda nampak ni untuk 2 orang makan, tapi kalau anda lapar tahap naga bertapa, sorang pun boleh licin....errrkkkkkk....haa...hambek!!, terus sendawa... Ia sesuai dihidangkan tak kira masa, pagi, tengah hari, petang atau malam....Kalau anda nak mencuba, che mat tulis resipinya seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam kue teow, cuci dan toskan
1 camca teh kicap masin
Beberapa titik minyak bijan
8 ekor udang saiz sederhana, asingkan kulitnya
1/2 cawan hirisan daging ayam, cuci dan toskan
1/4 bahagian traffic light capsicum saiz kecil, dipotong kecil
1 kelopak kubis bulat, potong kecil, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 cawan air
1 camca besar sos lada hitam
2 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili hijau jeruk, untuk dimakan bersama kue teow hailam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kulit udang tadi dengan 3 cawan air selama 10 minit, kemudian tapis dan asingkan air rebusannya. Sementara itu, panaskan kuali, bila kuali betul2 panas, masukkan kue teow, kicap cair dan minyak bijan. Kacau pantas hingga semua mesra. Alih kue teow ke dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang putih hingga harum. Masuk daging ayam, masak hingga daging ayam berubah warna. Tambah sos lada hitam, sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau rata.
  3. Masukkan udang, kacau dan tuang air rebusan kulit udang tadi. Kacau dan bila mendidih, masukkan trafficlight capsicum dan kobis. Kacau dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Tuang kuah atas kue teow, tabur hirisan daun bawang dan hidangkan bersama cili hijau jeruk. Sedap dimakan panas2...Selamat mencuba!!..

10 comments:

FnF Centre said...

Sedapnya.. resepi pn ringkas..tq sbb share =)

http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

cikji said...

telur dadar kt insta tadi pun cukup nyumss jgk. yg simple tu lah yg membangkit selera sebenarnya

qaseh dalia said...

kuew teaw! feberet qaseh ni

adda syuhada said...

sedapnya.....

Yatie said...

kegemaran suami akak ni che mat..kalau nampak ni, sah2 srh buat...takmo tunjuklah...ekekekeke..

Mama Aida said...

Sedapnya...kueh teow...esok baru nak msk roti bila tgk mat buat roti...dh lama rasanya tak membakar...

Leen said...

Sama la faveret kita, kuew teow. Tapi, sebab nak diet ni.gym instructor suruh tukar. Dia suruh makan bihun.. sedeyhhh..

husna zahidi said...

husna suka kuew teow..lantaklah masak apa pon semua sebat..=P

kakchik@ella said...

mmg nmpk sedap cik mat .. tapi kalo kc dpt makan yg cik mat masak lagi la bertambah2 sedapnya ..

Fazira Aziz said...

cik mat saya dah cuba mlm ni. sedapppp sgt dan simple je. tq cik mat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.