BEN ASHAARI

Thursday, November 21, 2013

PUYUH SALAI MASAK LEMAK CILI PADI..

rsz_puyuh_salai_masak_lemak_cili_padi
Assalammualaikum, tengah hari tadi che mat masak puyuh salai yang agak lama bertapa dalam peti sejuk. Puyuh salai ini pemberian saudara kami. Memandangkan bonda berpuasa, jadi che mat masakkan untuk beliau berbuka nanti. Kalau masakan seperti asam pedas, kari atau gulai, elok kalau anda masak awal. Sebabnya makin lama ia makin sedap. Rempah ratus semua dah sebati. Mula2 che mat nak campur dengan belimbing buluh, tapi sayangnya belimbing habis dah luruh ke tanah, takda lagi kat pokok, hmm takde rezeki. Jadi che mat masukkan kentang. Kalau ada rebung jeruk pun sedap, alaaaa macam nak kena cari rebung dan bikin jeruk pulak lahh. Kalau takde puyuh salai, anda boleh guna puyuh segar tapi rasa dia tak sama, yang salai, kuahnya lebih harum dan ada beraroma. Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor burung puyuh yang telah siap disalai, cuci bersih
4 biji kentang kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1300 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
30 biji cili padi kampung (tak perlu buang tangkai)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan puyuh salai yang telah dibersihkan tadi ke dalam periuk. Masukkan serai titik dan bahan kisar halus, gaul rata. Tuang santan cair, masukkan kentang dan masak hingga mendidih dan kentang 3/4 empuk.
  2. Tambah asam gelugor, daun kunyit dan pati santan. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (atau anda nak guna serbuk perasa pun boleh). Kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Masak hingga kentang empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Sedap juga dimakan bersama lempeng, roti dan roti canai...


6 comments:

Gee® said...

Wow! mantop....!!

aima said...

CM, macam mana nak salai puyuh sendiri?

Mat Gebu said...

@aima - cuci bersih burung puyuh, lumur sedikit garam dan kunyit, kemudian salai atas api bara, balik2kan selalu hingga puyuh nampak kering dan mengecut sedikit. Pada che mat salai guna api bara akan bagi aroma yang sungguh sedap bila dan dimasak gulai..

qaseh dalia said...

patutla burung puyuh qaseh xde , dah kena masak ... haha , nasib baik blog xleh block org kalau tak qaseh org prtama kne block , btw trliur , qaseh prnah mkn puyuh goreng je

Yatie Mokhtar said...

tak pernah makan puyuh...tapi tgk cmg masak...sedapnyerrr...

Masz Health Boutique said...

waow..tak penah lagi kena puyuh salai, payah nak jumpa ni kan...

mesti terangkat tu cik mat makan...hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.