BEN ASHAARI

Friday, November 15, 2013

ASAM TUMIS BATANG KELADI DAUN SELASIH..

rsz_asam_tumis_batang_keladi
Salam Jumaat semua, entri hari ini satu menu kegemaran bonda dan juga che mat. Asam tumis batang keladi boleh dikategorikan sebagai masakan kampung yang authentic, terutama bagi orang2 melayu kita. Masakan ni ada juga yang direbus tanpa ditumis, che mat tumis sedikit rencah2nya. Kebiasaannya kami akan guna tulang ikan kurau masin sebagai perencah, tapi kalau tak berapa suka, anda boleh guna ikan bilis. Selain ikan masin atau ikan bilis yang memberi rasa, herba2 seperti daun kunyit atau daun selasih memberi peranan utama untuk menambah aroma. Selalunya masakan asam tumis atau asam rebus tidak lah pedas. Che mat guna cili merah segar kalau untuk asam rebus/asam tumis, tapi ada juga yang guna cili kering yang dikisar, ini terpulang pada masing2...Ok, resipi seperti berikut.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok sederhana keladi sayur (bersama isinya sekali)
2 keping asam gelugor
5 - 6 ketul keratan tulang ikan masin kurau, cuci dan rendam 1 jam
1 genggam daun selasih 
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang keladi dan batang secara berasingan, keladi dikupas dan potong kiub, cuci dan rebus hingga 1/2 empuk, toskan. Batang keladi dibuang lapisan luarnya, kerat, cuci dan toskan. Celur dalam air panas yang ditambah sekeping asam gelugor selama 1 minit, tos dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak masak (anggaran 3 camca besar), tumis bahan kisar halus hingg harum dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan tulang ikan kurau masin, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Bila mendidih, masukkan keladi dan kiub ikan bilis. Masak hingga keladi empuk. Tambah batang keladi dan perasakan dengan garam secukupnya, serta sedikit gula.
  4. Masukkan daun selasih, kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...
CATATAN MAT GEBU :- Anda rasa dulu sebelum letak garam dan tak perlu letak sampai masin sangat. Dikhuatiri tulang ikan masin tadi akan memberi rasa masin walaupun anda telah rendam, dan penggunaan kiub ikan bilis juga sudah memberi rasa (jika anda guna)...Selamat mencuba!..

3 comments:

Kakzakie said...

CM nak tahu kakak tak pandai siang batang keladi tu. Biasa kakak beli di pasar malam yg dah siap. Balik tinggal rebus.

Lain kali kakak nak ikut cara ini. Nampk sedap sebab ada ikan kurau masin:)

ibh_sue said...

Sedap tu Cik Mat..Lama tak makan. Biasa kalau makan, mesti nak ambik part batang keladinya tu byk2..Heee

ساريده سنين said...

Sedapnyer...melilih air lior...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.