BEN ASHAARI

Tuesday, November 12, 2013

ASAM REBUS UDANG TEMPOYAK...

asam rebus tempoyak
Salam semua, hidangan ringkas dari che mat hari ini. Semalam che mat nampak di blog ini, ada menu asam rebus tempyak ikan patin, macam sedap aje. Maka hari ni che mat masak asam rebus, sebab takde ikan patin, ku ganti dengan udang kaki merah saiz besar. Che mat masukkan juga sebiji timun...errr..sebiji tu bukan lah sebiji bulat2, tapi dah dikerat macam dalam gambar atas tu. Hidangan ini mudah, tak payah tumis, semua main lambakkan aje dalam periuk dan rebus. Paling penting ada tempoyak. Pedas atau tidak terpulang pada anda. Che mat campur sebiji cili merah da 10 biji cili padi. Sebab masakan ini mudah dan simple, tak perlu nak bercerita banyak sangat, jomm kita lihat resipi..
P1270826
Ok...bagi yang tak kenal Tempoyak, meh sini che mat share gambar (yang atas ni, yang warna putih kekuningan, itu lah tempoyak). Tempoyak ialah isi durian yang diperam atau dimasamkan. Boleh dipelbagaikan cara memasaknya atau dimakan bersama sambal seperti dalam gambar...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor udang kaki merah bersaiz besar (atau udang galah)
1 biji timun
1 keping asam gelugor
1 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 1/2 camca besar tempoyak
1 liter air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 biji cili merah
10 biji cili padi merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, cuci dan toskan. Timun dikupas kulitnya, kerat 2 dan belah 4 setiap keratan. Buang bijinya, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk, masukkan tempoyak, serai titik dan air. Kacau rata. Masak hingga mendidih. Masukkan udang, timun, asam gelugor dan daun kunyit. Biar hingga timun lembut sedikit. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan ulam2man..


5 comments:

Cik Nur said...

1 1/2 camca besar tempoyak???sbenarnya nk tnya, tempoyak tu mcm mana..?tak penah tgok :)

EvisuKyme said...

alamak Cik Nur...tempoyak tu isi deroyan yg dah kita simpan...sedap...kaler mcm isi deroyan lah....sedap Cik Nur...kat kedai² market² ade jual.....sedapppp Cik Nur...

aima said...

ooo...simple aje bahannya....cari udg lu seposen...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

udang dan tempoyak sememangnya ngam!!

Farid NZ said...

Serious sedap!! wiling to try it. Tempoyak dengan udang memang ngam!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.