BEN ASHAARI

Monday, July 29, 2013

SELAMAT HARI LAHIR "TIFFINBIRU"....

Salam 20 Ramadan semua. Diam tak diam dah 7 tahun che mat berblog.......walaupun nampak lama, tapi ia tetap baru, masih menapak walaupun sudah boleh berjalan dengan selesa. Entri selingan sekadar memperingati kewujudan blog ini, tiada lebih dari itu. Bukan mengharap pujian, sanjungan dan sebagainya. Hanya berkongsi serba sedikit ilmu yang Allah swt beri. Tiada yang kekal didunia ini kecuali diantaranya ilmu yang bermanfaat. Begitulah harapan che mat, andai kata satu masa nanti bila ku tiada, biarlah blog ini masih berfungsi sebagaimana sekarang...insha Allah.

Terima kasih pada teman2 yang tetap memberi sokongan.....cm bukan seorang blogger yang boleh diletakkan harapan yang tinggi dan cm sendiri tak mengharapkan ianya berlaku. Apa2 yang terjadi hanyalah kebetulan dan dengan izin Allah. Merancanglah secara rapi dan sesempurna mungkin, namun jika tidak dengan izinnya, ia takkan berlaku. Syukur Alhamdulillah sepanjang cm berblog, teman2 tetap memberi sokongan moral walaupun cm hanya bergerak dibelakang tabir....

Buat semua, jika sepanjang usia cm berblog, ada kesilapan atau ada entri2 yang buat anda terasa hati dan sebagainya, cm mohon ampon dan maaf. Jutaan terima kasih pada anda semua, sebab andalah blog ini masih bertahan, masih bernyawa dan masih punya denyutan nadi....Moga Allah swt membalas kebaikkan anda semua....Selamat hari lahir tiffinbiru....

21 comments:

rinduan citarasa said...

Happy aniversarry. Wahhh tarikhnya betul2 jatuh pada 10 terakhir Ramadhan.. In shaa Allah.. Segala ilmu y cm syer moga diangkat tinggi diakhirat sana...
Ameen

Ps: ada acara potong kek idak?, hahahaha

||aLeaSaRa|| said...

CM tak buat pulut kuning ke ngeee..alhamdulillah tahniah ye.saya kalau buntu idea nak masak,cepat2 terjah blog CM he3...

whitecappuccino said...

happy anniversary !

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

eh! Tetiba teringat hari tu Kak Sari mimpi jumpa CM lah, CM hadir dalam satu program blogger gathering... hihihi.. siap bergambar ramai2 lagi tu tapi itu semua mimpi rupanya...

Happy Anniversary, Tiffin Biru!! Masih ku ingat kenangan bersamamu..

Phat said...

happy anniversarry untuk tiffin biru..semoga success..tq berkongsi pelbagai resipi..memang tempat rujukan phat bila cari resipi hehe

Nor Ariffin Hamzah said...

Happy 7th Anniversary Tiffin Biru..tempat rujukan untuk saya mencuba pelbagai resepi..semoga blog ini bertahan dan terus memberi inspirasi kepada semua..

Yan Ty said...

Happy Birthday & Happy Anniversary Tiffin Biru !!

Cake Tiffin Biru 1!

Kak Rose said...

happy 7th annivrsary untuk tiffinbiru, semuga terus berkekalan memberi dan share ilmu masak2 buat orang yg cam kak rose ni....blog rujukkan untuk blajar masak!

tahniah n tq to CMG n ur Tiffinbiru

tun_telani said...

happy blog-anniversary dts!!

Kaki Sembang said...

Tahniah CM, semoga terus berjaya dalam hidup..aiks apa kena mengena blog dalam hidup lak..hehe..pe pun mmg Tiffin biru blog nombor satu masakan di Malaysia..

Venisri Senthan said...

7 years and still going strong! Congratulations to TIFFIN BIRU and CMG! ;)

Epelijau said...

Happy anniversary tiffinbiru. Terima kasih atas resepi dan tips masakan yang dikongsi.

ilahjy said...

TAHNIAH CMG TANPA TIFFIN BIRU KAK ILAH TAK KENAL CMG
Semoga ilmu yg dicurah kan selama ini akan diberkati.. teruskan perjungan tanpa erti jemu..teruskan selagi alam sejagat memerlukanmu.. harimaumati tinggal kulit belangnya. Manusia pergi tinggal ilmu dan jasanya...aminnnn

MR & MRS MAKMUM said...

tahniah CMG

Adams Ayens said...

Tahniah CM..
Selamat hari Lahir..
D doakan CM sentiasa mencurahkan ilmu yg di anugerahkan oleh ALLAH SWT.
Terima kasih byk2. Dan sronok masya alah apabila melayari blog CM. Dan cantik gambo tepen blue itu..
most wanted layari www.ninkbuyen.blogspot.com

Ummi said...

Selamat Hari Lahir dan tahniah buat DTS...semoga terus berkongsi...kewujudanmu juga adalah atas rahmat Allah, jika tidak, takkan digerakkanNya hati teruna bernama Adnan Ibrahim untuk melahirkanmu DTS. Alhamdulillah, banyak manfaatnya dan rasa bertuah mengenali DTS dan tuannya ituuuuu...hehe. Terima kasih atas segalanya Mat..semoga Mat dan DTS diberkati Allah ke akhir nyawa. Allahumma Ameen...

Ash said...

Congrats Che Mat! You rock laa :)
Keep up the good work.

Ben Ashaari said...

Tahniah Tiffinbiru ! Semoga terus berbakti pada dunia maya ini !! Hehehe ...

Maszie Fatah said...

Happy Anniversary Tiffin Biru & Happy Besday...muahhh

Nur-nba said...

Tahniah Cik Mat... Happy Blog- anniversary... Semoga setiap perkongsian ikhlas Cik Mat dapat ganjaran di sisiNya.. Semoga terus berkarya dan berkongsi resepi dengan semua pembaca..

Linad Darling said...

Tahniah Cik Mat & Happy Belated Anniversary! Keep on food blogging CM! Your honest & sincere in sharing recipes are indeed respected & appreciated. Mohon halalkan resipi yg saya ambil dr blog CM. May Allah bless you always.

Yours truly,
LD, your silent reader.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.