BEN ASHAARI

Wednesday, May 1, 2013

TORTELLINI IN TOMATO SOUP..

rsz_tortellini_in_tomato_soup

Assalammualaikum, malam ni semua yang serba ringkas. Pasta jenis yang sedia beli, tomato soup pun jenis sedia beli, cm guna jenis serbuk jenama Tesco, tapi kotak dia cm dah buang pulak. Yang tu tak kesah anda boleh guna tomato soup dalam tin, tak pun guna mushroom soup. Pasta tortellini tu cm eli di Tesco juga, kadang2 payah nak jumpa, ada tu jenis fresh yang didingin beku, tapi tak berapa tergerak nak beli. Bila nampak yang jenis kering, terus ambik. Rasanya macam mana pulak?. Pada tekak cm ok je, sedap. Tapi tatau lah tekak anda. Pasta tortellini ini bentuknya lawa, seakan2 bersimpul dan berintikan cendawan, apa juga pilihan inti lain. Tapi cm nak cuba rasa cendawan. Boleh tahan sedap bila dimakan dengan tomato, soup. Nanti cm nak cuba goreng macam spaghetti olio pulak. Resipi  betul2 ringkas, tapi cm tulis juga serba sedikit....

rsz_pasta_tortellini

Rupa pasta tortellini yang cm guna untuk resipi ini, comel kan?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan pasta tortellini (seperti dalam gambar)
Sup tomato secukupnya (yang ni pilihan anda nak guna jenama apa, atau boleh tukar pada sup cendawan)
Sedikit keju cheddar, didadu kecil
Sedikit hirisan daun kucai @ daun bawang
Beberapa biji tomato ceri, potong kecil
Serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak 3 cawan air, letak sedikit garam dan bila mendidih, masukkan pasta tortellini, kacau dan rebus selama 15 minit. Tos dan masukkan ke dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sup tomato mengikut arahan pada tin atau bungkusan, bergantung pada jenis yang anda guna. Tambah sedikit serbuk lada hitam dan tomato ceri yang didadu. Kacau dan matikan api. tuang ke dalam mangkuk berisi pasta tadi.
  3. Tabur dengan hirisan daun kucai dan keju cheddar yang didadu. Hidangkan segera, sedap dimakan panas, jika suka masin boleh tambah sedikit garam (cm omit garam sebab keju cheddar tu dah tambah rasa masin dalam sup)..

5 comments:

Ms. AnnJay said...

macam sotong ekor rupa pasta tu...

Hafizah Mohamad said...

Sedapnya...=)

linda said...

inti cendawan? Huwarghhhh kompom sedapppp

Ummi said...

Aah comeeey laaaa...mcm ko Mat! Hahahaha...mcm kuih siput pun ada, goreng boleh tak....hehe

atulhani said...

susah la nak jumpa pasta tortellini ni ... puas dah carik.. sedih..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.