BEN ASHAARI

Saturday, May 11, 2013

PENGAT KELADI BUBUR CHA CHA..

rsz_pengat_labu
Petang semua, takde apa sangat cm masak hari ni. Tengh hari cuma masak yang biasa2 saja. Tapi Bak ada permintaan, dia nak pengat keladi. Pada cm pengat keladi tidak lah susah mana nak buat selagi bahan2 mentahnya ada. Pengat satu hidangan manisan yang menjadi kegemaran orang2 Johor. Sering dihidangkan sebegai manisan mulut terutama di bulan puasa. Sekarang menjadi satu trend manisan seperti ini dihidangkan di majlis2 perkahwinan. Cm campurkan juga bubur cha-cha dan biji sago sebagai bahan tambahan. Pengat sedap dimakan suam atau pun sejuk. Boleh dimakan bersama roti atau biskut. Anda boleh juga satukan ubi keledek, ubi kayu, labu dan keladi untuk menjadikan satu pengat yang lebih muhibah. Cm tulis serba ringkas resipinya, dan anda boleh adjust ikut kesesuain bahan2an dan rasanya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul keladi (kurang lebih 500 gram)
100 gram bubur cha-cha
2 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 helai daun pandan, disimpul
100 gram gula melaka, potong kecil*
2/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut, tapis)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Sedikit garam
Gula pasir (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas kulit keladi, potong kiub, cuci dan toskan. Kemudian rebus hingga 1/2 empuk dan toskan. Rebus juga bubur cha-cha hingga lembut, tos dan ketepikan. Dalam periuk, masukkan santan cair, daun pandan dan masak hingga mendidih, masukkan biji sago, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan keladi tadi dan masak hingga keladi empuk. Tuang air gula dan jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air. Masuk pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula secukup rasa. Perasakan dengan sedikit garam, kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan sama ada panas atau sejuk..

3 comments:

Young Jin said...
This comment has been removed by the author.
nana syamimi said...

Salam,
Uncle Mat,
Izinkan saya untuk ambil resipi Uncle (Monday, February 4, 2013-nasi kerabu)sebagai rujukan untuk kerja kursus PMR saya.

Kjee said...

sampai hati Che Mat!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.