BEN ASHAARI

Friday, May 3, 2013

PECAL IKAN PARI..

rsz_pecal_ikan_pari
Assalammualaikum salam Jumaat yang mulia. Entri pertama hari ini cm share dengan anda menu pecal ikan pari, selalunya orang Johor berketurunan Jawa yang suka masak macam ini. Pertama kali dulu cm cuba bila nampak Sue Joshua buat, sebelum tu pernah juga dengar, tapi cm agak kuran biasa. Sebab bila sebut pecal, dalam pemikiran sah2 satu hidangan makanan seakan2 rojak tapi berbau kencur atau cekur yang harum. Pecal ikan pari ini agak unik, ikan harus dipanggang hingga harum sebelum dimasukkan ke dalam kuah santan yang kemudian dididihkan dengan api perlahan hingga pekat. Kuahnya bewarna putih. Sedap dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam2man. Selain ikan pari, ikan keli juga boleh digunakan, dan cm pernah baca dari sat blog ni, ayam juga boleh dimasak pecal, nak cuba nanti. Kalau teringin nak mencuba, boleh semak resipi dibawah, tak susah buat dia....

BAHAN-BAHANNYA :-)
650 gram ikan pari, potong kecil
2 1/2 cawan santan pekat
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 inci ubi cekur*
20 biji cili padi kampung*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun cekur, hiris halus
Beberapa cili padi untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dibersihkan, perap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci dan toskan, lumur sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit, bakar hingga masak (cm bakar guna kuali ajaib). Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, asam gelugor dan didih kan, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan pari dan masak dengan api sederhana hingga kuah pekat.
  3. Masukkan hirisan daun cekur, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan cili padi dan hidangkan segera bersama nasi hangat... Selamat mencuba.


4 comments:

eyeyou said...

lamanya x buatkan utk en huby..

CANGKIRBIRU@MUZ said...

Eh macam samalah menu kita cik mat.

Al Ikhlas said...

teringat masakan mak saya...memang sedap..

WaniGhani said...

CM mak saya slalu guna ikan bawal..xpnah lagi try ikan lain...dan xguna cekur..tp lauk ni mmg simple n sedapppp..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.