MI BANDUNG 'AGROMAS'....LAGI...

rsz_mi_bandung_muar_agromas
Petang tadi cm betul2 mengidam nak makan mi bandung, kalau dekat dengan kedai Ayu Citarasa Rinduan, boleh juga jerit2 mintak tapaw. Nak tak nak kena lah usaha sendiri. Mula lah operasi menyelongkag pantry masakan...dan dengan tiba2..TINGG!!...terjelepuk keluar satu paket pes mi bandung AGROMAS...hehe, tak lah cm tipu, sebenarnya cm ambik kat rack dalam bilik stor, bukan keluar sendiri. Kira yang ni paling ringkas, cuma letak udang saja, sotong cm tak boleh makan, daging pulak takde, tapi cm letak kiub pati daging. Kata bonda pes mi bandung Muar AGROMAS ni bolah tahan sedap (atau mungkin bonda lapar, sebab makan masa bukak puasa tadi..atau sedap sebab cm yang masak...ehh...haha). Tapi cm frust sikit, sebab dah siap2 nak ambik gambar baru perasan bawang goreng lupa tabur, kalau anda buat, jangan lupa bawang goreng ok....Jadi jika anda takde masak dan nak masak mi bandung dengan cepat, boleh cuba pes mi bandung Muar AGROMAS. Contoh seperti di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket pes Mi Bandung Muar AGROMAS
5 biji bawang merah, hiris halus
10 ekor udang saiz besar, dibersihkan
4 biji telur
1 kiub pati daging
Air secukupmya (kurang lebih 2 liter)
1 pokok sawi putih (cm ganti dengan kobis daun), siang berasingan
1 biji tomato, potong kiub
Sedikit garam (jika perlu)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, goreng dan hiris (optional)
Hirisan cili merah
Hirisan cili hijau
Hirisan daun bawang
Limau kasturi, dibelah 2
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah hingga harum, masukkan pes mi bandung, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan masukkan kiub pati daging. Biar mendidih kemudian perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu dan pastikan telur tidak bertindih antara satu sama lain. Biar masak perlahan hingga telur mengeras. Kacau perlahan.
  2. Masukkan udang dan sawi, kacau perlahan dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit lagi air. Akhir sekali masukkan tomato, biar masak sekejap. Rasa dan jika perlu baru tambah sedikit garam. Boleh matikan api.
  3. Masukkan secukup mi dalam bekas sesuai, tuang kuah dengan isi2nya sekali. Tabur hirisan cili merah, cili hijau, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama hirisan tauhu dan limau kasturi. Sedap dimakan panas...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau cara tradisinya, mi akan dimasukkan sekali dalam kuah masa proses memasak. Tapi yang ini cm asingkan kuahnya untuk mengelakkan mi jadi kembang kalau tidak habis dimakan.

Post a Comment

9 Comments

  1. wah sedap nyer.... mee jawa ada x request nih
    http://long-cham.blogspot.com\

    ReplyDelete
  2. isyk..sedapnya...mi bandung my favourite tp payah nk jmpa yg sedap

    ReplyDelete
  3. terliur tengok gambar mi tu.. tetiba lapar pulak perut nie.. ehehe

    ReplyDelete
  4. Salam CM

    Shared Mee Bandung Rasa Singapura

    Visit @ http://www.youtube.com/watch?v=vw9e33y8XAw or

    http://whatsinmysmallkitchen.blogspot.sg

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana menggunakan produk Agromas.. Pelbagai produk keluaran Agromas boleh didapati di seluruh Malaysia.. Produk Agromas adalah keluaran Bumiputera dan mementingkan kualiti dalam setiap produknya. https://www.facebook.com/#!/agromas.terengganu?fref=ts

    ReplyDelete
  6. saya suka mee bandung agromas

    ReplyDelete
  7. lapo nye memalam buta tengok gambo mee bandung ni :)

    ReplyDelete
  8. CM terimakasih byk2. Dgn resepi dan tunjuk cara memasak CM, saya dah semakin pandai dan rajin memasak. Anak2 pun dah suka makan dirumah. Kalau tidak hari2 pening fikir apa nak masak. Semoga Allah sentiasa memberikan CM kesihatan yg baik. Amin.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.