IKAN KERISI MASAK KICAP...

rsz_kerisi_masak_kicap1
Assalammualaikum, selamat hari pekerja semua, tak kira lah anda suri rumah atau bekerja sendiri. Hari ni cm plan nak cuti masak juga, tapi tak boleh, tanggungjawab kena laksanakan. Nasib baik permintaan menu yang begitu ringkas dan mudah disediakan. Tapi cm masak juga lah masakan lain. Ikan kerisi masak kicap menjadi pilihan Bak, setakat ni gout Bak dah elok dan bila makan kicap tiada pula reaksi yang memudaratkan, mungkin dalam kuantiti yang kecil tidak membimbangkan. Kicap kan dari kacang soya yang ditapai, jadi orang gout kena elakkan. Tapi benda yang dah menjadi pantang tu yang sedap dan kerap kita makan. Takde apa sangat lah kan ikan masak kicap macam ni, kira lauk orang bujang. Tapi kanak2 serius suka ikan masak kicap, satu lagi buatnya senang, kira ini masakan wajib bagi mereka yang baru2 berjinak ke dapur....Tak kesah yang susah atau mudah, cm tuliskan juga resipi...seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kerisi saiz besar, disiang, cuci bersih dan dikelar*
1/4 camca teh garam*
3/4 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata dan biar sekejap)
1 biji bawang besar, potong bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris serong
2 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar kicap manis Jalen
4 - 5 camca besar kicap lemak Jalen
1/3 cawan air
Hirisan daun kucai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan tadi, tapi tak perlu sampai garing. Angkat, toskan dan letak dalam bekas sesuai. Ketepikan. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia hinga harum.
  2. Masukkan kicap mais dan lemak, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih. Masukkan bawang besar, dan cili merah hiris. Masak sekejap, rasa dan jika ok matikan api. Tuang kuah tadi atas ikan kerisi goreng. Hias dengan daun kucai dan hidangkan bersama nasi panas dan luak2 lain..

Post a Comment

5 Comments

  1. sedapnyer... Perut nga lapar..huhu

    ReplyDelete
  2. sedapnyer... Perut nga lapar..huhu

    ReplyDelete
  3. mat selalu aku goreng je kerisi ni atau masak sambellll... ni ada idea bekuah lak...

    ReplyDelete
  4. Ada kicap Jalen bertambah tambah sedaplahhh

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.