BEN ASHAARI

Sunday, April 7, 2013

SUP IKAN AYAM....YANG RASA MACAM AYAM...

rsz_sup_ikan_ayam
Salam, hari ni tak masak apa pun, jadi cm masukkan entri tu hari punya. Cm masak sup ikan ayam, yang rasa isi ikan seakan2 daging ayam. Cm pernah masak dulu sekali. Ikan ayam kalau anda beli, jangan lupa suruh penjual tu siatkan kulitnya yang keras, tapi itu kalau anda nak masak gulai tau sup. Kalau nak dipanggang, tak perlu buang kulitnya. Nama lain ikan ayam ialah ikan jebong, bukan jebon yea. Selain dibuat sup, dibakar, ikan ayam atau jebong juga sedap dimasak kari...hmm, nanti2 nak cuba masak kari pulak. Cm campur lobak merah, kalau nak cuba letak kentang pun boleh. Makan sup ni dengan sambal kicap cili padi, sah2 boleh penggsannn >______< , resipi sama macam cm buat sup ayam...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan ayam atau jebong (anggaran berat 800 gram)
1 batang lobak merah, buang kulit dan potong ikut suka
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 sup bunjut sup tulang Adabi
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 kiub ayam (optional)
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga *(*rempah tumis)
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang kulitnya dan dikerat keada beberapa bahagian, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Masukkan rempah tumis (*) dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau rata dan masuk sup bunjut, kiub ayam, daun sup dipotong kasar dan 1 camca besar bawang goreng dan lobak merak. Biar mendidih. Tambah ikan dan leek (toskan). Biar hingga ikan masak dan lobak merah lembut.
  3. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Makan dengan sambal  kicap jika suka.

4 comments:

Chah said...

Ye..ikan jebong...rasa dia sedap...arwah ayah saya sukasgt mak gulaikan guna rempah gulai terengganu. Lepas tu letak pucuk asam gelugor...memang oh oh...sedap n nostalgia.... Errr ikan nipun sgt ensem dgn jaket kulit dia....:)

aima said...

ooo ikan jebong nama lain dia ikan ayam...

norinaomar said...

dulu ibu saya rajin buat kari ikan ayam ni..tapi rasa nya dah berbelas tahunlah tak makan ikan ayam ni

siti sabri said...

Mcm mana rupa ikan ayam ni..xpenah dgr dn tgk lh cm

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.