BEN ASHAARI

Wednesday, April 3, 2013

MALAS MASAK?....KITA MAKAN LAKSA JOHOR LAGI...

rsz_laksa_jb
Salam Rabu...Laksa Johor jelah entri untuk hari ni, bukan cm buat baru ni, tapi cm buat semalam. Dan kuah dia cm buat masa Ben datang Sabtu lepas, yang berlebih cm kasi simpan dalam freezer, nak guna cuma kasi panas dan curah atas spaghetti atau apa2 pasta yang anda suka. Letak bahan2 ulam, sambal belacan dan limau kasturi jangan lupa dan boleh di makan. Takde apa nak cerita sangat pasal laksa Johor ni cuma apa yang cm boleh kata, laksa Johor sejenis hidangan fusion yang kaya dengan rencah2nya. Kenapa fusion, sebab berkuah tradisi dengan rempah ratus dan bahan2 mentah orang kita tapi ber mi kan spaghetti hasil orang2 Eropah, dan makan secara tradisinya menggunakan jari jemari. Ini semua hasil pengaruh dari Sultan Johor yang ketika itu beristerikan wanita Inggeris. Resipi masih sama seperti cm buat dulu....

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :-)
1 kg ikan kembong (kalau guna ikan parang lagi sedap)
4 - 5 camca besar udang kering, rendam
300 gram isi udang
Isi ikan kurau masin (2 inci x 2 inci), rendam
4 keping asam gelugor
1/2 inci lengkuas, dititik
1200 ml santan kelapa
1 1/2 camca besar kerisik
2 - 3 camca besar cili kisar
3 kuntum bunga kantan, belah dua
1 genggam daun kesom
1 genggam daun selasih
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan manis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Spaghetti secukupnya, direbus, tos dan gaul dengan sedikit minyak
Hirisan halus timun
Hirisan bawang besar
Hirisan daun kesom, daun selasih dan bunga kantan
Hirisan kacang panjang @ kacang buncis
Taugeh secukupnya
Sambal belacan
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Ikan kembong, direbus, asingkan isi dan tulang, tumbuk isi ikan tadi, tulang2 ikan dikisar dan tapis. Udang dikupas kulitnya, celur dan kisar isi udang hingga halus, udang kering dikisar halus bersama isi ikan kurau masin tadi. Bancuh rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk bersama bahan kisar halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis cili kisar hingga harum, masukkan bancuhan rempah dan bahan kisar tadi dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air rebusan ikan, stok tulang ikan dan juga air rebusan udang tadi. Kacau rata dan bila mendidih, masukkan isi ikan kembong, udang, udang kering + ikan kurau dan asam gelugor. Kacau rata.
  3. Tuang santan dan masak hingga mendidih. Tambah kerisik, bunga kantan, daun kesom dan daun selasih, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api kecil hingga kuah laksa pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LAKSA JOHORE :- Letakkan spaghetti secukupnya dalam pinggan sesuai, tuang kuah laksa atasnya (lebih sikit baru sedap). Tambah bahan2 lain secukupnya dan sudukan sambal belacan, letak belahan limau kasturi dan hidangkan.....Jangan lupa tambah ok kalau tak cukup..
CATATAN MAT GEBU :- Kebiasaannya, orang Johor akan "chap" atau gulung spaghetti tadi membentuk seakan2 sanggul. Untuk sambal belacan tu mat guna cili merah + cili padi + belacan bakar + secubit garam dan gula....Selamat mencuba semua.

2 comments:

Azlita Aziz said...

ya Allah Mat...
Orang rajin aje tau yang buat laksa Johor ni..

Mat memang rajin ^___^

terasa-rasa lagi laksa johor mat.. sedapnyaaa...

Kak Rose said...

Mat!!! ngences kak rose dibuatnya.... lama sangat x buat ni. ikan yg dibeli kejung dalam fride, entah bila nak rajinnya!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.