BEN ASHAARI

Wednesday, April 17, 2013

LAKSA ASAM...BUKAN...ASSAM LAKSA.

rsz_laksa_asam

Cuaca panas2 ni, mengidam betul nak makan laksa asam. Jadi cm buat. Laksa asam bukan asing bagi mereka2 di utara Malaysia seperti Perlis. Kedah dan Penang, tapi Penang dia ada beza sikit, mungkin dari pengaruh orang cina yang bermastautin di sana. Ada penambahan petis dalam hidangan dan ulam2nya disertakan dengan nenas. Laksa asam dari apa yang cm tau, selain ikan kena yang segar, belacan juga memainkan peranan yang penting. Laksa asam satu hidangan yang amat sihat. Tidak menggunakan minyak dalam proses membuat kuah laksa, semua lebur dan rebus begitu saja. Disertakan dengan ulam2 yang amat menyehatkan. Tapi ada juga yang tak gemar laksa asam. Bak salah sorang yang menolak bulat2 menu yang bernama laksa, kecuali laksa Johor. Laksa Johor tu pun sebab kuah dia bersantan dan berbeza dari laksa2 lain...

rsz_laksa_asam1

Nampak meriah ke?...Tapi sungguh menyelarakan che mat makan 2 mangkuk...Iyea 2 mangkuk seperti anda nampak kat atas tu, serius penggsann..kira cm ngidam tahap naga sangat. Mi laksa anda boleh gun jenis yang basah (segar) atau kering, tapi pada cm, yang kering lebih praktikal. Kalau tanya cm guna jenama apa, cm guna mi laksa kering jenama Tweety, satu yang cm suka pasal mi laksa jenama tu, ialah anda tak perlu nak rendam lama, boleh terus rebus hingga lembut. Kalau sesetengah mi laksa kan kena rendam beberapa jam, kemudian baru rebus. Resipi sama macam cm buat dulu juga, senang sangat..


BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA ASAM :-)
8 ekor ikan selayang @ ikan sardine 
1 1/2 biji bawang besar
2 inci belacan
5 - 6 keping asam gelugor (kalau takmo masam kasi kurang)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
Cili kisar secukupnya (dalam 3 - 4 camca besar)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut)
Telur rebus secukupnya, dibelah dua
Hirisan daun salad
Hirisan bawang besar
Hirisan timun, hiris bentuk jejari, halus
Hirisan cili merah dan hijau
Hirisan halus daun kesom
Hirisan halus bunga kantan
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA ASAM :- Ikan disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak, keluarkan ikan, asingkan air rebusannya. Ikan tadi diasingkan isi dan tulangnya. Tumbuk kasar isi ikan. Tulang2 ikan dikisar halus dan tapis. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar dan belacan hingga halus. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan, cili kisar, asam gelugor dan stok air tulang ikan yang ditapis tadi. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan isi ikan, bunga kantan dan daun kesom. Kacau lagi.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana selama 20 - 25 minit, biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LAKSA ASAM :- Letak mi laksa secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah bersama atas mi laksa tadi. Tabur hirisan timun, salad, cili merah/hijau, daun kesom, bunga kantan, bawang besar dan juga limau kasturi. Letak 1/2 biji telur rebus dan hidangkan segera..

4 comments:

syuhadaa said...

Ya Allah.. Rasa teringin nak makan laksa tengok laksa Che Mat ni..

Delima Zamrud said...

Ermmm mmg kegemaran D5 nie adehhhh kan dah ternoda mana lak D5 nk carik laksa asam nie dtg umah CMG leh tak hehhehhehe :)..

MisSinG StarZ said...

salam perkenalan...kalau sy masak sy xletak belacan sbb mak xmakan belacan...sedapnye...dulu slalu buat laksa ramai2 dengan arwah tok...paling best mee untuk laksa tu, arwah tok buat sendiri, masak atas dapur kayu...mavelous...rasa dia lain sangat...;)

$H said...

fav kita laksa che mat..abah org kedah..dia ajar makan laksa ngan ulam..mkn ngan ulam pucuk putat ke, tenggek burung..sedapp!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.