GULAI CILI PADI PISANG KARI..

rsz_gulai_pisang_kari
Salam Jumaat, sehat?.. Entri pertama hari Jumaat yang mulia ini, cm letak gulai pisang....ehh bukan tu hari dah ada entri gulai pisang ke?...Errr, yang tu hari punya gulai pisang raja talun, tapi yang ini gulai pisang kari. Pening eks, sebab dengar macam2 jenis sangat pisang. Bukan anda je pening, cm pun pening gak, sebab banyak sangat nama2 pisang yang begitu unik, pisang emas, pisang raja, pisang embun, pisang nipah, pisang awak, pisang tanduk, pisang montel (montel?...teras ok..terasa..grrr) pisang raja udang (kata orang, mereka yang berketurunan orang Bentan, pantang, tak boleh makan, takut terjadi satu2 benda yang tak diingini), itu cerita pisang. Berbalik pada apa yang cm masak ni, kata bonda pisang kari menjadi kegemaran kaum India untuk dimasak kari, tu sebab dipanggil pisang kari, wallah hualam. Seperti biasa cm kalau masak gulai apa2 yang letak ikan masin, sudah tentu tulang ikan kurau menjadi pilihan. Selain aroma masakan lebih menyelerakan, rasa masakan juga jadi lagi sedap. Cuma anda perlu rendam untuk mengurangkan rasa masinnya..

rsz_pisang_kari
Kata bonda kalau nak tau pisang kari tu macam mana, cuba lihat hujung pisang ada tanda hitam macam dalam gambar di atas. Dan itu sebagai 'birth mark' si pisang kari...Begitulah ceritanyaa...Sekarang moh lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 biji pisang kari,
5-6 keping keratan tulang ikan kurau masin yang masih berdaging
3 batang serai, dititik
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung hijau
3/4 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dibuat sedikit kulit hijau, hiris sederhana tebal dan rendam. Tulang ikan masin kurau dicuci kemudian rendam 30 minit. Ketepikan.
  2. Toskan pisang, masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Toskan tulang ikan masih kurau, masukkan ke dalam periuk. Kacau rata. Masak hingga pisang 1/2 empuk. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air.
  3. Masukkan asam gelugor dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya (yang ni rasa dulu, baru masukkan garam) dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih, masak dengan api sederhana hingga pisang empuk dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

3 Comments

  1. Setahu kakak yg org kampung ni CM semua pisang ada hitam tu dihujungnya. Kakak pisang tanduk dan pisang nipah aje yg kakak kenal sangat.

    Makan cara ni kena ada sambal belacan dan ulam best!!

    ReplyDelete
  2. Salam CM... Mak saya suka betul ngan pisang kari... tapi mana nak carik anak pisang kari ni sekarang... kalau CM leh supply, saya nak 4 anak pokok hehehe...

    ReplyDelete
  3. Betul kata mak awak memang pisang orang india suka buat sayur dan kari. Kalau di hiris nipis di gaul dengan garam dan serbuk chili lepas tu goreng sedap makan dengan nasi...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.