BEN ASHAARI

Wednesday, April 10, 2013

ASAM TUMIS BATANG KELADI....

rsz_asam_tumis_btg_keladi
Assalammualaikum salam Rabu, untuk entri pertama hari ini cm share satu lagi masakan yang begitu melayu dan amat dekat dihati mereka2 terutama yang duduk di kawasan kampung, macam cm. Bukanlah cm tak pernah letak resipi kat sini, cuma sekarang ni macam payah nak dapat batang keladi yang betul2 tak gatal bila dimasak. Cm pun kerap hadapi masalah bila beli batang keladi yang telah siap bersiang atau belum, bila masak, rasa gatal di tekak. Kata orang celur letak asam, kalau cara itu dah biasa cm buat. Ada juga yang kata celur tapi kacau jangan gunakan senduk besi, kalau dari segi logik, piuk yang kita guna pun dari jenis besi (samada aluminium atau stainless steel), tatau lah kalau guna piuk kaca jenis corning atau vision. Ntahlah, senang cerita memang batang keladi tadi jenis gatal. Tapi yang cm masak ni serius tak gatal dah lah tu, sedap pulak. Cm dapat dari sedara yang tinggal di Felda Bukit Permai. Plan asal nak masak lemak, tapi sebabkan tekak macam tak nak, cm tukar masak asam tumis letak ikan masin kurau.....sedapp you!!...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi, saiz sederhana, disiang batangnya, kerat pendek, cuci dan celur sekejap, toskan
5 - 6 ketul tulang ikan masin kurau yang masih berdaging, rendam 30 minit
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis (optional)
1 keping asam gelugor
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi dibuang kulit luarnya, kerat pendek, cuci dan celur sekejap dalam air mendidih yang diletak asam gelugor. Toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak, masukkan serbuk kunyit dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu. 
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan). Masukkan tulang ikan kurau masin dan biar mendidih. Tambah asam gelugor dan kiub ikan bilis (jika guna). Kemudian masukkan batang keladi tadi dan daun kunyit. Kacau perlahan, tambah sedikit garam (rasa dahulu) dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang bersama nasi panas dan lauk2 lain..

5 comments:

dari dapur nasya said...

as salam che mat.....nanti amik award kat dapo saya ye che mat...tq

ZIEANA ARIFF said...

salam..suka jln2 kat blog ni..jemput singgah ke blog saya http://balqieschocolate.blogspot.com/ dan http://duniaresepizieana.blogspot.com/

rinduan citarasa said...

ayu suka y jenis xgataii
ngam ooo ngan ikan masin

Ummi said...

Mat, akak ni x berapa suka keladi...mcm mana nak kasi suka arr?? Ngencess tgk lauk ko...tp kalau pengat keladi, akak makan...hehe

watie husain said...

assalamualaikum...salam kenalan dr saya..umimama...CM sya bru bejinak2 dlm dunia blog..blog CM mmg jd pilihan..stiap mlm sblm tido wajib sya intai blog CM..menu2 dlm ni sring jd rujukan sya....msuk blog CM..salu wat saya rasa nk mkn je pdhal sya skrg tgh sesi nk turun berat bdan...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.